BARISAN Kabinet yang disusun atur Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, bukan sahaja lebih menonjol dan berwarna tetapi mencatat sejarah tersendiri - kerana ia mengedepankan karyawan daripada pelbagai kaum.
"Kabinet ini akan lebih mewakili rakyat Amerika daripada mana-mana kabinet dalam sejarah," kata Encik Biden kepada wartawan pada Disember lalu.