Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BAHASA & BUDAYA

Cikgu Yahya buru PhD, kalau tidak 'otak macam buntu'

Pengasas Persadaku.org Ltd kini calon Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Oct 05, 2021 | 05:30 AM



TIDAK seperti kebanyakan guru Bahasa Melayu lain yang mengajar bahasa ibunda kepada anak bangsa, Cikgu Yahya Hamid, 64 tahun, mengajarnya kepada bangsa asing.



Ia merupakan sesuatu yang dilakukannya sejak 2004 lagi.



Tidak hairanlah kalau laman Facebook beliau penuh dengan gambar-gambar dirinya berada dalam bilik darjah bersama-sama anak murid - kebanyakan mereka adalah karyawan tempatan mahupun bangsa asing atau pelajar dewasa yang mahu mempelajari bahasa Melayu.



Tetapi tidak ramai menyedari tenaga pengajar bahasa Melayu yang diiktiraf Persatuan Rakyat (PA) dan beberapa agensi pemerintah ini sebenarnya juga boleh dikategorikan sebagai seorang pelajar.



Ini kerana, sejak hujung 2017 beliau mula mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



"Saya rasa kalau tak belajar, otak macam buntu... tetapi ia juga boleh dilihat bahawa tidak ada batas waktu dan usia untuk belajar dan menimba ilmu," katanya.



Tesis penyelidikannya sangat menarik - 'Motivasi untuk Mempelajari bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Dewasa Bukan Natif di Singapura' - di bawah penyeliaan Dr Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad.



Pilihan dasar penyelidikan ini tidak mengejutkan kerana Encik Yahya telah mengajar bahasa Melayu kepada orang bukan Melayu di balai rakyat dan kelab masyarakat (CC) sejak 17 tahun lalu.



Menceritakan serba sedikit latar kehidupannya, karyawan yang tidak lokek senyuman itu berkata:



"Saya aktif sebagai pemimpin akar umbi dari 1996 lagi dan menjadi pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) CC Fuchun dari 2000 hingga 2017.



"Pada 2017 juga saya mula mengambil PhD di UKM. Penyokong saya (referee) dalam membuat permohonan itu adalah Profesor Dr Awang Sariyan dan Dr Abbas Shariff," ujarnya.



Dr Awang adalah Pengarah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), UKM, sementara Dr Abbas pula dari Universiti Nasional Singapura (NUS).



Ditanya langkahnya mengikuti pengajian PhD, karyawan yang sudah berumahtangga itu secara ringkas berkata, beliau "suka belajar".



"Tujuan saya adalah untuk mengaktifkan minda," katanya.



Beliau yang dikenali gigih dalam soal pengembangan bahasa dan pelestarian seni dan budaya Melayu menceritakan bahawa langkahnya ke Universiti Singapura, sebelum dinamakan sebagai NUS, adalah sebentar sahaja dan tidak melanjutkan pengajian dalam bidang Kesusasteraan dan Sains Kemasyarakatan.



"Selepas meninggalkan universiti, saya bantu arwah bapa urus jemaah haji sebelum saya cuba berniaga.



"Pada awal 90-an saya mula mengambil kursus peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan dalam Pentadbiran Perniagaan, dan beberapa kursus lain termasuk Pengajaran Bahasa Inggeris di RELC," ceritanya.



Pusat Bahasa Inggeris Serantau kini terletak di Orange Grove Road berdekatan Orchard Road.



Pada 1996 pula, beliau mula mengambil Sarjana Pendidikan (M.Ed) yang ditawarkan Universiti Sheffield, menerusi program jarak jauh, bermula dari peringkat diploma sehinggalah ke sarjana.



"Pada awal 90-an hingga kira-kira 2002-3 saya memberi tuisyen. Maka itu disertasi bagi Sarjana saya adalah berkenaan pengajaran bahasa Inggeris dan pendidikan kanak-kanak. Saya mendapat ijazah sarjana pada Januari 2002. Saya pergi ke Universiti Sheffield di Britain untuk konvokesyen itu," ujarnya yang mendedahkan kemungkinan menamatkan pengajian PhD pada Mei tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >