Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Cinta Terakhir', lagu sulung perkenal Adam Qifli

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



SUARA penyanyi Singapura, Adam Qifli, diasah ketika meniti usia remaja dan terlibat dalam kumpulan dikir barat Warisan.



Beliau yang masih aktif bersama kumpulan dikir barat Keponakan 22 kini dan menyanyi di aplikasi karaoke Smule sejak empat tahun lalu, terdorong melihat teman-temannya dari kumpulan Dinodi dan Edyll menghasilkan 'single'.



Maka, setelah diperkenalkan dengan penggubah lagu dan penyanyi yang namanya kini menjadi sebutan, Ashidy Ridwan, terhasillah 'single' pertama Adam, Cinta Terakhir.



Lagu dengan melodi dan lirik ciptaan Ashidy itu dilancarkan di wadah digital Spotify, Apple Music dan YouTube pada 11 Disember lalu.



Menceritakan bagaimana proses merakam 'single' sulung ini diusahakan, Adam, 35 tahun, seorang teknisyen bangunan di ION Orchard, berkata:



"Saya melihat teman-teman saya seperti Idi Hakim dan Muhammad Dinoh daripada kumpulan Dinodi dan artis baru, Edyll, menceburi persada seni setempat.



"Mereka yang memperkalkan saya kepada Ashidy setelah melihat saya bersemangat membangun nyala rasa terhadap bidang nyanyian."



Beliau memberi ilham menjana jalan cerita lagu Cinta Terakhir yang mengisahkan tentang perhubungan cinta yang pastinya ada kisah cinta pertama.



"Tapi yang pertama tak semestinya yang terakhir. Justeru, dengan adanya Cinta Terakhir, kita seolah-olah berjanji pada diri kita bahawa kita akan menempuhi segala pasang surut kehidupan dalam hubungan bersama cinta terakhir kita ini," jelasnya lagi.



Antara cabaran yang dihadapi Adam dalam menghasilkan lagu ini adalah menghadam selok-belok proses rakaman memandangkan inilah kali pertama beliau menjana lagu sendiri secara profesional.



Darah gemuruh dan gementar tidak dapat dielakkan. Berkat tunjuk ajar Ashidy dan rakan-rakan lain, beliau mampu mengharungi proses rakaman dengan lancar dan mudah.



"Penjiwaan itu penting. Kita harus satukan diri dan hati kita pada intipati lagu yang didendangkan. Jadi apa-apa yang nak disampaikan kepada pendengar akan 'sampai'," jelasnya lagi.



Mengulas tentang persada seni Singapura yang kecil, Adam merasakan ramai yang berbakat dan berjaya di luar sana.



Nama-nama seperti Taufik Batisah, Hady Mirza dan Imran Ajmain, yang turut menjadi pujaan pendengar di seberang Tambak, adalah antara contoh anak Singapura yang berjaya.



"Mungkin kerana masyarakat pendengar lagu Melayu di Singapura agak kecil berbanding negara jiran Malaysia dan Indonesia, timbul cabaran buat bakat kita mendapatkan pendedahan lebih meluas lagi.



"Nak katakan, ramai yang berbakat di Singapura ini. Mereka hanya perlukan pendedahan dan diperkenalkan kepada ramai menerusi media cetak dan media elektronik," katanya lagi.



Ditanya apakah yang diperlukan penyanyi agar kekal bertahan di Singapura, Adam menjelaskan semangat, dedikasi dan pengorbanan masa dan tenaga adalah antara yang perlu dijadikan bekalan seharian.



"Kalau kita ada impian, kita harus kejar impian kita itu agar suatu hari, menjadi nyata.



"Namun, kita harus hidup merendah hati sebab peribadi mulia ini juga yang akan menjadi teladan generasi muda yang melihat kita sebagai idola.



"Segalanya bermula dari dalam diri kita dahulu. Matlamat dan sikap kita mesti di landasan yang benar," tambahnya.



Ternyata, Cinta Terakhir bukan karya pertama dan terakhir buat Adam. Ia malah membuka pintu buatnya bekerjasama lagi dengan Ashidy bagi merakam lagu-lagu selanjutnya yang berkonsep pop balada.



"Kalau diizinkan Tuhan, 2021 akan menjadi tahun di mana saya dan Ashidy akan mengusahakan lebih banyak lagu buat pendengar," kongsinya. - HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >