Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID DARUL MAKMUR

Ciri-ciri mesra masyarakat antara keutamaan

Jul 22, 2022 | 05:49 AM



LAUNGAN azan yang memecah kesunyian di waktu subuh sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang beriadah awal pagi di kawasan Yishun Park.



Malah, setelah selesai bersenam, kelihatan juga ada yang menggunakan pendingin air (water cooler) yang disediakan di kawasan pintu masuk Masjid Darul Makmur untuk diminum atau mengisi botol air setelah selesai bersenam.



Ini adalah antara ciri-ciri mesra masyarakat yang disediakan oleh pihak masjid demi menabur ihsan kepada semua masyarakat di persekitaran tersebut.



Masjid Darul Makmur kini sedang mengumpulkan dana untuk kerja-kerja peningkatan yang dijangka akan bermula pada hujung tahun ini.



Antara kerja utama yang akan dilakukan ialah memasang lif sewaktu peningkatan.



Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, sambutan yang diterima sungguh memberangsangkan dan mendapat sokongan ramai.



"Setakat ini, setengah dari jumlah yang diperlukan telah dikumpul. Kami menerima sokongan menggalakkan daripada masyarakat dan usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini perlu dipertingkat lagi agar jumlah dana yang kami sasarkan dapat dicapai."



Masjid Darul Makmur yang sudah dibangunkan selama 34 tahun, perlu melakukan kerja-kerja peningkatan berskala besar agar ia dapat memberi keselesaan kepada para jemaah yang semakin bertambah.



Ini lebih utama lagi kerana banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru yang telah siap dan sedang dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun dan Canberra.



Buat masa ini, masjid dapat menampung sekitar 2,000 jemaah setiap waktu dan pihak masjid merancang menambah kapasiti ruang solat kepada lebih 3,500 jemaah.



Buat masa ini, terdapat 1,000 pelajar madrasah aLIVE yang mengikuti program madrasah mingguan.



Ini adalah fokus utama sewaktu peningkatan selain memastikan ruang masjid kondusif, kelas pengajian yang lebih selesa dan ruang yang mudah digunakan oleh warga emas.



Buat masa ini, ruang solat dan kelas-kelas pengajian madrasah amat terhad lebih- lebih lagi di waktu penjarakan sosial dilakukan pada waktu ini.



Antara peralatan yang perlu diperbaiki ialah peralatan sistem audio visual.



Sistem ini menjadi salah satu alat yang penting di masjid, terutama sekali sewaktu solat dan kuliah-kuliah agama.



Penggunaan alat audio seperti pembesar suara, mikrofon dan skrin monitor pada setiap hari sepanjang tahun telah menyebabkan beberapa kerosakan teknikal yang tidak dapat dielakkan.



Pembesar suara yang tidak jelas untuk mendengar apa yang disampaikan semasa kuliah-kuliah juga sering berlaku.



Jemaah yang hadir ke majlis-majlis juga tidak dapat menghayati apa yang disampaikan oleh asatizah dan ia mengganggu tumpuan jemaah semasa solat, khususnya ketika mendengar bacaan imam.



Oleh itu, alat audio akan diganti dengan sistem yang lebih canggih dan bermutu supaya jemaah dapat menghayati dan berasa khusyuk semasa majlis yang sedang jalankan.



Dengan adanya sistem visual yang baik juga, pihak masjid merancang menyiapkan skrin terjemahan khutbah Jumaat ke bahasa lain agar mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu dapat bersama-sama menghayati kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan setiap minggu.



"Kami berharap agar masyarakat Yishun khususnya dan seluruh masyarakat Islam di Singapura secara amnya dapat memberikan sokongan dan sumbangan derma untuk menyokong projek peningkatan Masjid Darul Makmur yang akan bermula tidak lama lagi," jelas Encik Izuan.



Sumbangan derma dan sokongan yang telah diberikan oleh masyarakat juga akan dimanfaatkan oleh Jabatan Pembangunan Sosial bagi menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan di kawasan kejiranan Yishun.



Bantuan kewangan, sokongan moral dan juga bimbingan agama diberi kepada para penerima zakat yang berdaftar bersama Masjid Darul Makmur.



"Kami berusaha untuk memberikan bantuan kepada mereka yang datang ke Masjid bukan hanya melalui pertolongan kewangan, malah sokongan dari sudut nasihat keagamaan dan kerohanian.



"Pihak masjid juga mengendalikan klinik guaman secara percuma sekiranya mereka ingin mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada para peguam," ujar Encik Izuan lagi.



Menyambut baik pelan untuk mengadakan lif untuk kegunaan semua, jemaah tetap Encik Noor Mohamed, 71 tahun, mengalu-alukan usaha ini.



"Saya dan ramai lagi warga emas perlu menaiki tangga dari aras 1 untuk ke dewan solat utama. Dengan adanya lif, ia amat memudahkan kami, terutama sekali mereka yang bertongkat dan yang menaiki PMD (kerusi roda elektrik/alat mobiliti peribadi)", ujar beliau.



Matlamat utama Masjid Darul Makmur untuk melakukan projek peningkatan adalah untuk menambah ruang dan menyediakan pengalaman dan persekitaran yang lebih bermutu tinggi untuk para jemaah.



Demi mencapai projek peningkatan ini, usaha pengumpulan dana diadakan untuk melengkapkan segala kerja keperluan.



Pihak masjid ingin menguar-uarkan kepada masyarakat agar dapat terus menyalurkan dana bagi menjayakan projek peningkatan masjid.



Sasaran $6 juta masih perlu dikumpulkan pada waktu ini. Antara usaha pengumpulan dana peningkatan, pihak masjid akan mengaturkan khidmat Khatam Al-Quran untuk dua nama arwah keluarga bagi mereka yang membuat sumbangan wakaf sebanyak $500.



Pendaftaran untuk sumbangan Wakaf $500 Khatam Al-Quran ini boleh dilakukan di laman https://campaigns.darulmakmur.sg




"Setakat ini, setengah dari jumlah yang diperlukan telah dikumpul. Kami menerima sokongan menggalakkan daripada masyarakat dan usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini perlu dipertingkat lagi agar jumlah dana yang kami sasarkan dapat dicapai. Kami berharap agar masyarakat Yishun khususnya dan seluruh masyarakat Islam di Singapura secara amnya dapat memberikan sokongan dan sumbangan derma untuk menyokong projek peningkatan Masjid Darul Makmur yang akan bermula tidak lama lagi.''
- Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Mohd Izuan Mohd Rais.




CARA MENYUMBANG



Sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui cara-cara berikut:



- PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Ref: Wakaf/Infak)



- Pemindahan bank: OCBC Akaun Semasa 581-652138001 (Ref: Wakaf/Infak).



- Melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke 950, Yishun Avenue 2, Singapura 769099.



- Hadir ke Pejabat Masjid Darul Makmur, 950, Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (pada waktu pejabat).



- Hubungi pejabat di talian 6752-1402 untuk pengambilan derma $500 ke atas dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >