Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Cita-cita jadi pemain trombon bes profesional dalam orkestra bereputasi

Susuli diterima belajar di sekolah seni pementasan berprestij, The Juilliard School di New York
Aug 08, 2021 | 05:30 AM



PENDEDAHAN kepada muzik bermula sejak ibu bapanya menghantar beliau belajar bermain piano pada usia seawal tiga tahun.



Sedang beliau membesar dan meneroka pelbagai aspek muzik lain menerusi penglibatannya dalam band di bangku sekolah menengah, minatnya beralih kepada alat trombon pula, membuatkan cintanya terhadap muzik mekar.



Ternyata seni memainkan alat muzik tersebut lama-lama menjadi sebahagian daripada dirinya sehinggakan kini pada usia 21 tahun, Encik Syed Mirza Alkhairid dengan bulat hati memutuskan mahu menceburi bidang muzik bagi masa depannya.



Ketika dihubungi Berita Minggu (BM), Encik Mirza dalam perjalanan mencapai cita-citanya itu dan bakal memulakan pengajian Sarjana Muda dalam Muzik di sekolah seni pementasan berprestij, The Juilliard School di New York, Amerika Syarikat, lewat Ogos ini.



Malah, menurut guru trombon privetnya, Encik Mirza merupakan warga Singapura Melayu/Islam pertama diterima ke sekolah tersebut.



"Ia satu penghormatan untuk mewakili masyarakat di salah satu sekolah muzik terbaik di dunia. Saya harap dapat menjadi contoh kepada mereka yang mempunyai cita-cita menjadi ahli muzik pada masa depan, dan menunjukkan bahawa anda boleh mencapai apa yang anda idamkan jika anda berusaha gigih," kata anak sulung tiga adik-beradik itu.



Yang jelas, Encik Mirza berkata proses permohonan bukan suatu yang mudah dan "amat kompetitif".



Malah, pemuda itu mengambil masa satu setengah tahun untuk berlatih, sambil menjalani Perhidmatan Negara (NS).



"Rutin saya setiap hari adalah berlatih tiga hingga empat jam... dan ia memerlukan disiplin dan fokus terus kekal dalam perjalanan ini," ujar pemain trombon bes itu yang perlu melalui dua pusingan uji bakat yang dijalankan melalui dalam talian.



Apabila ditawarkan tempat di sekolah itu, Encik Mirza berkata beliau rasa seolah-olah "satu beban besar telah diangkat" dan beliau amat gembira kerana usahanya berbaloi dan membuahkan hasil.



Sebelum ini, Encik Mirza menerima tawaran menceburi bidang kejuruteraan aeronautik di Universiti Nasional Singapura (NUS) tetapi menolaknya kerana yakin ingin menceburi bidang muzik.



"Ibu bapa saya, pada mulanya mahu saya mengambil laluan tradisional kerana ia dianggap lebih selamat dari segi kewangan tetapi setelah beberapa pencapaian saya contohnya, dalam uji bakat Orkestra Belia Nasional Singapura (SNYO) dan sebagainya, saya dapat menyakinkan mereka. Mereka memberitahu saya jika saya mahu berkecimpung dalam muzik, saya perlu berusaha menjadi yang terbaik dan itulah sebabnya saya memohon ke sekolah seperti Juilliard," katanya yang merupakan pemain trombon bes bagi Orkestra Belia Nasional Singapura (SNYO).



Menurutnya, sekolah itu akan mendedahkannya kepada pelajar lain yang mempunyai bakat bermain yang tinggi, membolehkannya memperbaiki kemahirannya juga.



Dalam pada itu, kedudukan fakulti bertaraf dunia tersebut di New York dapat membawanya lebih dekat lagi kepada orkestra tahap tinggi seperti New York Philharmonic, Metropolitan Opera Orchestra, dan New York City Ballet.



Beliau turut meluahkan penghargaan kepada ibu bapanya yang banyak menyokongnya, serta tajaan Yayasan Trailblazer dan Dana Biasiswa Juilliard bagi pembelajarannya.



Ketika ditanya apakah impiannya setelah selesai pengajian, Encik Mirza berkata:



"Seperti semua pemuzik orkestra lain yang bercita-cita tinggi, saya berharap dapat bekerja sebagai pemain trombon bes profesional dalam orkestra yang bereputasi baik.



"Saya juga ingin mengajar pada peringkat universiti di institut pendidikan persembahan muzik dan memulakan studio bras privet saya sendiri pada masa akan datang. Keinginan saya adalah agar pelajar saya dapat mencari suara mereka sendiri menerusi alat muzik mereka dan suka bermain muzik seperti saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >