Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

CATATAN WARTAWAN

Cuti dalam negeri sebenarnya tak seteruk dijangka

Dec 14, 2020 | 05:30 AM



SAYA ada pengakuan.



Sepanjang usia 20-an tahun saya, saya tidak pernah pergi staycation atau cuti inap.



Tetapi, dalam tempoh dua minggu ini, sudah tiga cuti inap saya lakukan.



Jelas ternyata saya sedang alami cabin fever atau demam ingin menaiki pesawat.



Maklumlah, sebagai seorang yang kuat melancong, kalau tidak 'cap' pasport tiga atau empat kali setahun tidak sah.



Tidak kira destinasi jauh atau dekat, asalkan dapat ke luar negara dan menghirup udara yang berbeza.



Namun, dek pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, apakan daya hasrat itu hanya dalam mimpi sahaja.



Justeru, untuk memuaskan tangan yang sudah mula "gatal" ingin melancong, saya pun memutuskan 'Singapoliday' atau bercuti dalam negeri dan menempah bilik hotel.



Konon 'feeling' di luar negara walaupun masih di Singapura.



Cuti inap sulung saya adalah bersama teman-teman di Hotel Sheraton Towers.



Ini disusuli dengan undangan membuat liputan menikmati cuti inap di Hotel Michael di Resorts World Sentosa dan Village Hotel Bugis.



Menariknya, setiap pengalaman cuti inap ini berbeza.



"Alah setakat staycation je!".



Itu tanggapan saya sebelum ini mengenai cuti inap.



Cuti inap dengan teman-teman lebih fokus kepada menghabiskan masa bersama - menonton Netflix dan bermain permainan di bilik hotel, membeli-belah dan keluar makan ke kafe yang sudah lama ingin kami mencuba.



Di Resorts World Sentosa, perasaan "muda di jiwa" timbul ketika melawati tempat tarikan yang menyeronokkan.



Kali terakhir saya ke taman bertema Universal Studios Singapore adalah ketika di sekolah menengah.



Justeru, menaiki rollercoaster yang mendebarkan di sana mengimbas semula kenangan zaman muda remaja.



Ini juga merupakan kunjungan pertama saya ke SEA Aquarium. Banyak yang telah saya pelajari di sana.



Mendalami nostalgia Singapura menjadi tujuan bagi cuti inap di Village Hotel Bugis.



Ramai generasi muda seperti saya tidak dibesarkan di kampung lantas pengalaman melawat kelong Smith Marine itu sesuatu yang baru dan unik untuk saya mengenali dan memahami asal usul negara kita.



Jejak realiti terimbuh (AR) sekitar kawasan Kampong Glam dengan menggunakan aplikasi Locomole pula membuka mata saya tentang sejarah kawasan itu, yang kini dianggap lebih 'hip' dalam kalangan anak muda.



Semua pengalaman cuti inap itu selaras dengan tema Teroka Semula Singapura yang didukung Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Dengan pemberian baucar Teroka Semula Singapura bernilai $100 kepada setiap warga dewasa Singapura, usaha ini berharap dapat merancakkan semula sektor pelancongan setempat yang terjejas oleh pandemik koronavirus.



Kesimpulannya, sama ada meneroka kegiatan baru atau yang pernah anda lakukan sebelum ini, cuti dalam negeri sebenarnya tidak teruk seperti yang dijangkakan.



Jangan fikir Singapura negara yang membosankan kerana tiada apa untuk meneroka.



Bahkan, apa yang membosankan adalah sikap kita terhadapnya.



Inilah masa untuk kita meneroka dan mengenali semula negara kita.



Baucar $100 belum lagi saya gunakan, nak Singapoliday di mana ya lepas ni?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >