Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERGAS

Dana Endowmen perlu sokongan padu masyarakat

Apr 15, 2022 | 06:30 AM



"Ikrarkan Sokongan Anda Kepada Dana Pergas Endowmen Legasi Ulama



Ramadan Ini - Amalan Sedekah Jariah Yang Dijanjikan Pahala Berterusan Dan Rezeki Berlipat Ganda.''



SERING kita dengar anjuran untuk bersedekah jariah. Namun, apakah perbezaan sedekah jariah dengan sedekah yang lain?



Pengertian sedekah berasal dari perkataan bahasa Arab 'sadaqah' iaitu jujur atau benar. Ia juga dikaitkan dengan ciri-ciri seorang Mukmin. Adapun maksud yang digunakan ramai adalah pemberian yang ikhlas.



Manakala jariah dari sudut istilah bahasa Arab diertikan sebagai 'mengalir', umpama air yang mengalir tidak putus-putus.



SEDEKAH YANG MENGALIR DAN TIDAK PUTUS PAHALA



Oleh itu, sedekah jariah boleh diertikan dengan sedekah yang mengalir dan tidak putus-putus pahala orang yang memberi sekalipun ia sudah meninggal dunia.



Sedekah merangkumi yang wajib dan yang sunnah. Sedekah yang diwajibkan adalah seperti zakat ataupun nazar (janji sumpah) yang dibuat oleh seseorang. Adapun sumbangan selain itu boleh dikategorikan sebagai sunnah.



Amalan bersedekah boleh diberikan dalam bentuk harta mahupun menerusi amalan seperti senyum.



Islam sangat menganjurkan agar umatnya sering memberi sedekah tatkala ia kaya ataupun miskin mengikut kemampuan individu.



Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.



REZEKI BERLIPAT GANDA JANJI ALLAH



Terdapat banyak fadilat atau kebaikan yang dijanjikan oleh Allah swt bagi orang yang memberi di antaranya adalah rezeki yang berlipat ganda.



Allah swt berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 265:



"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat, maka hujan renyai-renyai pun cukup untuk menyiraminya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan."



Antara ciri-ciri orang Mukmin adalah mengeluarkan harta yang dicintainya ke jalan yang diredai Allah swt.



Allah swt berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 177:



"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang hartanya sedang ia menyayanginya - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjakan (seseorang akan) sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.



"Orang-orang yang demikian sifatnya, mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa."



SEDEKAH, ZAKAT AMAT DITEKANKAN DALAM ISLAM



Ringkasnya, pemberian sedekah, zakat dan nafkah adalah ibadah yang amat ditekankan dalam Islam.



Kebaikan serta kekayaan dunia akhirat juga telah dijanjikan oleh Allah swt bagi mereka yang memberi.



Menurut kenyataan Pergas, persatuan ini juga telah menyediakan sebuah platform untuk masyarakat Melayu-Islam menyalurkan sedekah jariah mereka ke dana Pergas Endowmen Legasi Ulama (PERLU).



Dana yang bercirikan wakaf ini bertujuan untuk menambah dana Pergas buat jangka panjang bagi meneruskan objektifnya untuk membangun dan mempertingkat keupayaan asatizah dalam membimbing masyarakat Islam Singapura.



Sejak penubuhannya pada April 2020, dana ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak $580,000 sehingga Disember 2021.



Buat masa ini juga, dana ini telah dilaburkan ke hartanah Pergas untuk mengukuhkan dana pokok endowmen bagi persatuan ini.




IKRAR DERMA



Ikrarkan sokongan anda kepada dana Pergas Endowmen Legasi Ulama (PERLU).



Sumbangan boleh dibuat ke akaun CIMB 2000560073, nombor UEN S57SS0012G073 atau cek berpalang ke “PERGAS – CHARITY”.



Lungsuri laman perlu.pergas.org.sg atau hubungi talian 9100-4251 untuk maklumat lanjut.



Untuk sumbangan, anda boleh juga imbas kod QR di bawah ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >