SETELAH menjalani modul e-pembelajaran asas Kesedaran Kesihatan Mental dari Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), beliau menyedari salah seorang klien yang memohon bantuan sosial menunjukkan tanda-tanda kemurungan.
Setelah menyelesaikan modul e-pembelajaran ini serta bengkel susulan selama dua jam, yang antara lain perbincangan berdasarkan kes dan bagaimana menerapkan teknik-teknik komunikasi, Encik Mohd Firdaus Mohidin 36 tahun, Penolong Pengurus (Bantuan Sosial), di Pejabat Perkhidmatan Sosial sekarang mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai jenis penyakit mental dan memperoleh kemahiran komunikasi yang berguna yang dapat diterapkan dalam pekerjaannya.