DIDORONG cita-cita menjadi usahawan, Encik Muhammad Alif Gadaffi Abdul Hamid melepaskan pekerjaannya sepenuh masanya untuk memulakan perniagaan makanan dan minuman (F&B) kecil bersama isterinya pada 2018.
Beliau dan isterinya gemar memasak dan mereka melihat cita-cita itu sebagai satu cabaran peribadi dan langkah keluar daripada zon keselesaan mereka.