Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

Kotak derma kembali ke tempat biasa

taa
Apr 22, 2022 | 12:38 AM



KOTAK derma Tabung Amal Aidilfitri (TAA) kembali berada di pusat membeli-belah Joo Chiat Complex, Pasar Geylang Serai dan bazar 'Twilight' di Suntec City Ramadan ini selepas dua tahun ia tidak dapat diletakkan di tempat awam akibat pandemik Covid-19.



Dana TAA memulakan perjalanannya bersama masyarakat sejak 30 tahun lalu melalui kotak-kotak derma TAA, yang memainkan peranan penting dalam usaha TAA mengumpul dana.



Malah, pelbagai kegiatan kemasyarakatan yang dianjurkan semasa Ramadan sebelum ini juga turut melibatkan kehadiran kotak-kotak derma TAA, antaranya kotak derma utama TAA yang diletakkan di Joo Chiat Complex.



Namun, kegiatan kemasyarakatan itu mulai terbatas pada Mac 2020 akibat pandemik Covid-19.



Ekoran itu, TAA meneliti semula cara bagi mengutip derma mengikut peralihan zaman. Ini termasuk menderma menggunakan PayNow dan di dalam talian.



"Hampir 90 peratus daripada dana TAA yang diterima dari 2020 hingga 2022 adalah secara online menerusi wadah-wadah digital di www.TAA.sg.



"Kami harap, dengan adanya kotak-kotak derma TAA di Joo Chiat Complex, Tanjong Katong Complex, Pasar Geylang Serai dan bazar ' Twilight' di Suntec City, jumlah kutipan wang tunai menerusi kotak-kotak derma akan membantu usaha pengumpulan dana dalam talian.



"Ini agar kami dapat mencapai sasaran untuk mengumpul melebihi $1.2 juta dana keseluruhan di akhir Kempen Amal Ramadan TAA tahun ini," kata Pengurus Kanan TAA, Encik Didicazli Ismail.



Beliau menambah: "Wadah menderma di dalam talian TAA, www.TAA.sg, telah membantu TAA mengharungi pandemik Covid-19.



"Pemulangan kotak-kotak derma TAA membolehkan TAA menghidupkan semula penglibatan kami bersama masyarakat dan meningkatkan semangat memberi untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik."



Menurut Encik Didicazli, TAA awalnya tidak dapat meletakkan kotak derma di Joo Chiat Complex pada awal Ramadan akibat langkah-langkah keselamatan.



Namun, mereka menghargai sokongan kuat dari pihak pengurusan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk membenarkan TAA meletakkan kotak derma kembali ke Joo Chiat Complex sejak 12 Ramadan bagi Kempen Amal TAA.



"Kami terharu melihat orang ramai tampil menderma pada saat pertama kotak derma diletakkan di tempat biasanya di Joo Chiat Complex," ujar Encik Didicazli.



Selain itu, TAA juga berbesar hati mendapat peluang meletakkan kotak dermanya di bazar 'Twilight' di Pusat Konvensyen Suntec City dari 22 hingga 24 April ini.



Bazar 'Twilight' juga kembali selepas dua tahun. Pihak penganjur bagi bazar 'Twilight' dan acara 'Celebfest' telah menyokong Kempen Amal TAA sejak 2016.



Tahun ini, TAA meraikan ulang tahunnya yang ke-30. Bagi kempen tahun ini juga, dua Duta Kempen dilantik iaitu Cef Mel Dean dan pelakon Shahril Wahid.



TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >