Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Diari hidup doktor, pekerja kiriman, karyawan IT

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



SETIAP tugas ada bahaya dan kerenahnya yang perlu ditangani si pekerja.



Salah satu sebab mengapa drama Korea, atau K-Drama, begitu dekat di hati pencinta dunia hiburan adalah usaha penulis naskhahnya mencungkil butiran terperinci mengenai sesuatu kerjaya yang dipaparkan. Realiti yang menjadi teras drama-drama ini membuatkan pengalaman menontonnya lebih menyeronokkan.



Apakah antara tiga K-drama yang memberi anda sekilas kisah di sebalik bidang kerja tertentu?



'DOCTOR DETECTIVE' SIASAT KEMATIAN PEKERJA PERINDUSTRIAN



- Lakonan Park Jin-hee, Bong Tae-gyu dan Lee Ki-woo.



- Disiarkan di aplikasi Viu.



- Ia menyelongkar kehidupan doktor yang cuba mencari kebenaran di sebalik kemalangan perindustrian yang banyak berlaku.



- Ia mengambil kisah sebenar kemalangan di tapak binaan yang pernah berlaku pada warga Korea Selatan.



- Kata peminat K-drama, Cik Anita Hamid, 32 tahun, pegawai logistik: "Saya sukakan drama ini kerana ia membentang kisah doktor kesihatan perindustrian yang dapat tahu tentang beberapa syarikat yang menyorok rahsia bagaimana sesetengah kemalangan berlaku. Doktor ini jadi ibarat detektif penyiasat pula."



'WWW' LAYARI HIDUP KARYAWAN TEKNOLOGI WANITA



- Lakonan Jang Ki-yong, Im Soo-jung, Lee Da-hee dan Lee Jae-wook.



- Disiarkan di wadah penstriman Netflix.



- Ia mengisahkan tentang persaingan sengit beberapa wanita abad ke-21 yang bekerja di dua syarikat gerbang web.



- Dalam dunia korporat teknologi maklumat yang dikuasai lelaki, bagaimana mereka meneruskan kerjaya mereka tanpa rasa tertindas?



- "Tengok episod pertama sahaja dah buat saya nak tengok semua episod drama WWW ini. Ia memberi gambaran sebenar tentang usaha memperkasa wanita yang menerajui tugas dalam sektor teknologi maklumat yang dikuasai lelaki. Persaingan di syarikat Internet dahsyat betul!" ujar Cik Harfidah Muhammad Syahid, 24 tahun, mahasiswa.



'STRONGEST DELIVERYMAN' SAJI INSPIRASI BUAT GEN-Z



- Lakonan Go Kyung-po, Kim Seon-ho, Chae Soo-bin dan Ko Won-hee.



- Disiarkan di Netflix.



- Ia membuka lembaran kisah tentang dua pekerja pengiriman yang berani mengatasi kekurangan sosioekonomi mereka bagi mencapai matlamat lebih besar di samping mencari cinta.



- "Tidak sedetik pun saya rasa bosan menonton drama ini kerana ia memberi inspirasi buat generasi Z seperti saya agar gigih memburu cita-cita walaupun anda bermula dari bawah sebagai pekerja pengiriman.



"Drama ini lari daripada kebiasaan plot drama jejaka kaya yang menemui cinta dengan gadis miskin atau berulitkan cinta tiga segi," ujar Alif Aman Shukur, 21 tahun, anggota Perkhidmatan Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >