Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Dirikan masjid, musala di Indonesia hasil derma

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Dirikan masjid, musala di Indonesia hasil derma

Mar 27, 2021 | 05:30 AM

SEJAK Al-Imtaq International & Services yang didaftarkan di bawah Lembaga Perakaunan dan Pengawalan Korporat (Acra) pada awal 2007, sokongan masyarakat Melayu/Islam dilihat sangat positif dan memberangsangkan.

Sokongan tersebut bukan hanya melibatkan sokongan yang bersifat material sahaja, ia mencangkupi sokongan mental dan fizikal yang membolehkan Al-Imtaq International & Services terus kukuh di mata masyarakat setempat.

Pengarah syarikat Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Hasy Zulkifli, berkata:

"Alhamdulillah, pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur terhadap sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat, khususnya Melayu/Islam Singapura dan masyarakat dunia umumnya.

"Dengan wujudnya sokongan sebegini, kami dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan pertolongan daripada pelbagai aspek.

"Segala bentuk bantuan ini dilaksanakan oleh Al-Imtaq International & Services dalam bentuk perkhidmatan seperti pembayaran fidyah di bulan Ramadan, pembangunan musala, penubuhan masjid dan lain-lain.

"Kami juga mampu menghembuskan nafas lega kerana sudah banyak projek pembangunan yang telah dan sedang dijalankan oleh syarikat kami, hasil daripada sumbangan orang ramai."

Antara projek amanah yang sudah siap sepenuhnya adalah seperti Musala Darul Al- Ajyal; Musala Syeid; Musala Hidayatusyukur; Musala Al-wardah; Musala Raja Rokiah Sulaiman serta Asrama Tahfiz Nuruzzainiah Putri.

Manakala, tapak pembangunan yang masih berada dalam proses pembinaan ialah Masjid Aliatul Wathan, Masjid Nurul Huda; Asrama Tahfiz Putra; Sekolah Nuruzzainiah dan Projek Pembinaan Kandang Ayam.

"Tidak lain tidak bukan, apa yang telah diusahakan selama ini oleh pihak kami datang daripada hasil kepercayaan masyarakat kepada syarikat kami.

"Selagi hayat dikandung badan, kami tidak akan berhenti menggalas tanggungjawab ini.

"Kami bertekad untuk meneruskan projek yang menjadi syiar dalam memenuhi mafhum hadis yang sering diungkapkan dalam Islam - apabila manusia itu meninggal, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang mendoakan orang tuanya.

"Semoga Allah swt menerima amal ibadah tuan/puan yang ikhlas dalam membantu Al-Imtaq International & Services untuk menunaikan tugas-tugas kebajikan agama.

"Dengan bantuan yang dihulurkan, semoga ia menjadi asbab untuk para penderma terus masuk ke dalam syurga tanpa hisab dan mendapat kebaikan dunia serta akhirat."


CARA MENYUMBANG

- Pemindahan wang melalui akaun bank DBS yang bernombor 019-904263-9 atau PayNow ke UEN 53202179K. Sila kirimkan butir melalui WhatsApp selepas transaksi ke talian 8454-3782.

- Datang pada waktu pejabat di alamat Blok 260, Yishun Street 22 #07-101, Singapura, 760260

- Cek di bawah nama Al-Imtaq International & Services.

- Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi 9786-6225

- Layari http://www.al-imtaq.com.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3