Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Ditawar kerja sebagai pentadbir dengan bantuan pembimbing kerjaya WSG

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONOMI & KERJA: Usaha cari kerja baru berbaloi di tengah Covid-19

Ditawar kerja sebagai pentadbir dengan bantuan pembimbing kerjaya WSG

Tidak putus asa dengan cabaran yang dilalui, pertingkat diri untuk raih kemahiran baru
Jun 29, 2021 | 05:30 AM

USAHA mencari pekerjaan, terutamanya di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini, boleh menjadi satu cabaran bagi sesetengah individu. Namun, terdapat bantuan sedia ada untuk mereka yang memerlukan bimbingan dalam mencari pekerjaan. Berikut kisah dua individu yang telah mendapatkan pertolongan pembimbing kerjaya di pusat kerjaya Careers Connect Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan berjaya menemukan pekerjaan.


HANYA empat bulan selepas mula bekerja sebagai pengurus pentadbiran dalam syarikat teknologi kewangan, Cik Roslin Misdar menerima berita buruk beliau diberhentikan kerja kerana syarikatnya terjejas oleh pandemik Covid-19.

Fikiran Cik Roslin ketika itu amat runsing. Beliau pencari nafkah sulung keluarganya dan bertanggungjawab menjaga ibu bapanya yang lanjut usia.

Pada waktu itu, sukar bagi beliau memberitahu ibu bapanya tentang berita itu, memandangkan kedai keluarganya yang menawarkan khidmat gunting dan dandanan rambut terpaksa ditutup buat sementara waktu dek Covid-19.

Ibu bapanya juga mengalami masalah kesihatan - ibunya baru saja didiagnos menghidap barah tahap akhir dan bapanya pula dijadualkan menjalani pembedahan lutut dan mempunyai masalah jantung.

Namun, apabila beliau akhirnya memberitahu ibu bapanya bahawa beliau telah diberhentikan kerja, Cik Roslin tidak sangka mereka dapat menerimanya dengan tenang dan malah, memberi sokongan kepadanya dan menasihatkan beliau agar kekal positif.

"Kami ada bergurau tentang bagaimana kami semua menganggur tetapi kami tahu bahawa kami perlu berhati-hati dan merancang perbelanjaan seharian dengan bijak. Saya juga perlu mula mencari pekerjaan dengan segera dan menilai semula pelan kerjaya saya," kata beliau.

Ia sememangnya tidak mudah untuk mencari pekerjaan baru kerana kadar pengangguran ketika itu meningkat dan Cik Roslin, 38 tahun, perlu bersaing dengan lulusan baru yang muda dan individu berpengalaman lain yang turut diberhentikan kerja.

Bagaimanapun, semuanya berubah setelah beliau dibantu seorang pembimbing kerjaya Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) sehingga beliau berjaya mendapatkan pekerjaan baru pada Ogos tahun lalu.

Kini, beliau bekerja sebagai pentadbir dan pegawai sumber manusia (HR) di syarikat pelaburan Walton International Group.

Mengimbas kembali, Cik Roslin berkata beliau mula mencari pekerjaan baru menerusi kenalan peribadinya tetapi usaha itu tidak berhasil.

Pada awalnya, beliau bersikap memilih dan menolak tawaran pekerjaan pertama yang diterima kerana berfikiran beliau boleh mendapatkan pakej pekerjaan dengan gaji yang diinginkan.

Cik Roslin mula menghantar satu permohonan kerja setiap hari bagi peranan kerja pilihannya, dan ini kemudian meningkat kepada 10 permohonan dan seterusnya 20 permohonan sehari.

Beliau menghadapi penolakan demi penolakan, dan menukar resumenya beberapa kali selain menyertai kelas dan latihan.

"Saya mula bersikap lebih munasabah, kurang memilih dan lebih tertumpu pada matlamat saya. Ada beberapa hari pada tahap awal di mana saya menangis, rasa saya telah gagal dan menyoal nilai saya.

"Saya hampir putus asa, tetapi saya tenangkan diri sendiri, menerima apa yang telah berlaku dan kekal positif untuk mengharungi hari-hari yang sukar," kata beliau, sambil menambah ibu bapa, tunang dan rakan-rakannya banyak memberikan sokongan.

Cik Roslin akhirnya mendapatkan bantuan Anggota Parlimen (AP), Encik Amrin Amin, yang kemudian merujuk beliau kepada WSG untuk pertolongan.

Di situ, beliau diperkenalkan kepada pembimbing kerjaya utama, Encik Glenford Koh, pada April tahun lalu, yang menyediakan sokongan menyeluruh kepada beliau.

Ini termasuk mengenal pasti matlamat yang ingin dicapai Cik Roslin, mencari majikan berpotensi yang bersesuaian dengan pengalamannya, menjalani sesi bimbingan sebelum temu duga kerja, dan mendaftar bagi kursus percuma bersama Coursera seperti Pemikiran Kritikal bagi Kejayaan.

Cik Roslin berkongsi bahawa selepas beliau memohon kerja di syarikatnya kini, Walton International, Encik Koh telah menghubungi syarikat itu untuk mendorong mereka mempertimbangkan permohonanya. Cik Roslin kemudian melalui tiga pusingan temu duga bersama syarikat itu sebelum ditawarkan pekerjaan sebagai pentadbir.

Walaupun pada mulanya diambil bekerja sebagai pentadbir, Cik Roslin seterusnya diberikan tugas berkaitan HR, dengan majikannya menambahkan tanggungjawab kerja dan gaji beliau.

Cik Roslin berharap dapat membantu syarikat itu berkembang dengan modul pelaburan baru mereka, bersikap konsisten dalam menguruskan dokumen dan menjual produk ditawarkan, dan lebih terlibat dalam aspek pembangunan perniagaan.

Bagi individu yang sedang mencari kerja tetapi menghadapi cabaran, Cik Roslin berkata mereka harus mengingatkan diri sendiri bahawa waktu sukar yang dialami kini akan memperkuatkan diri mereka.

"Sentiasa tetapkan matlamat yang boleh dicapai dan buat rancangan meskipun jika anda yakin anda boleh melakukannya tanpa rancangan.

Jangan malu mendapatkan bantuan. Pertingkatkan kemahiran dan sertai kelas atau raih kemahiran baru untuk kekal relevan.

"Kelilingi diri anda dengan individu positif kerana anda akan menyerap tenaga yang baik untuk mendorong diri anda semasa waktu sukar ini," kata beliau.


"Saya mula bersikap lebih munasabah, kurang memilih dan lebih tertumpu pada matlamat saya. Ada beberapa hari pada tahap awal di mana saya menangis, rasa saya telah gagal dan menyoal nilai saya. Saya hampir putus asa, tetapi saya tenangkan diri sendiri, menerima apa yang telah berlaku dan kekal positif untuk mengharungi hari-hari yang sukar."
- Cik Roslin Misdar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3