Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

RAGAM ARTIS

Dituduh terima bantuan peribadi lebih $20,000; penyanyi Mila Jirin saman warganet

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



PENYANYI dan usahawan Mila Jirin menerusi sebuah catatan di Facebook telah mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang warganet yang dikenali sebagai Afiq Mohd.



Mila, atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata lelaki itu telah memfitnah dirinya kerana mendakwa beliau telah menerima wang dari kerajaan berjumlah RM$76,000 ($24,000) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan RM$38,000 pada fasa seterusnya.



Menyusuli dakwaan itu, Mila teruk dikecam oleh warganet lain, menurut laporan media seberang Tambak.



Sebelum itu, Mila terlebih dahulu menjelaskan bahawa bantuan subsidi yang diterima sebelum ini bukanlah bersifat peribadi sebaliknya sama seperti yang diterima majikan lain, sejajar dengan skim bantuan yang diumumkan kerajaan.



Catatan tersebut tular setelah Mila meluahkan rasa sedihnya mengenai perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.



Dalam video yang dimuat naik ke media sosial, Mila kelihatan menangis teresak-esak, semasa mengucapkan terima kasih atas jasa Perdana Menteri itu selama ini yang menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk dirinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >