Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

DPPMS sambut baik Belanjawan

Setempat
27
0

BELANJAWAN: FOKUS: PERNIAGAAN

DPPMS sambut baik Belanjawan

Feb 17, 2021 | 05:30 AM

BELANJAWAN 2021 telah memperkenalkan langkah dan sokongan yang mengimbangi keperluan jangka pendek dan panjang syarikat kecil dan sederhana (SME) sedang keadaan global kekal tidak menentu, kata Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Dalam kenyataannya semalam menyusuli pembentangan Belanjawan di Parlimen, DPPMS berkata antara langkah utama yang disambut baik oleh para anggotanya ialah pelanjutan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).

Skim itu dijangka memberi manfaat khususnya kepada anggota dalam sektor pelancongan, runcit dan khidmat makanan.

Menurut kenyataan itu, belanjawan tahun ini menunjukkan komitmen jelas untuk menolong SME mempersiapkan diri untuk pemulihan pada 2021 dan selanjutnya, sementara menjalankan usaha transformasi.

Presiden DPPMS, Encik Farid Khan berkata dewan akan membuat beberapa pengumuman tentang inisiatif yang akan dilancarkan bagi saling melengkapi tujuan strategik Belanjawan 2021.

"Kami menggesa semua anggota dan SME supaya memanfaatkan inisiatif ini dan bekerja rapat dengan DPPMS pada tahun mendatang agar bangkit lebih kukuh bersama."

Tambah beliau, DPPMS juga komited untuk terus bekerja rapat dengan para anggota dan rakan kerjasama, mengharungi tempoh mencabar ini.

"Kami gembira melihat daya tahan yang ditunjukkan oleh para anggota dan keterbukaan mereka untuk menyesuaikan diri dan menjalani transformasi," ujar Encik Farid.

Sementara itu, Timbalan Presiden DPPMS yang juga Pengerusi Pusat SME@DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor mengalu-alukan pelanjutan skim seperti JSS dan Pakej SGUnited Pekerjaan dan Kemahiran, kerana ia terus membantu perniagaan, melindungi pekerjaan dan meningkatkan keupayaan pekerja.

"Kita harus terus perkukuhkan daya tahan kita dalam mengharungi bidang baru dan meneroka cara untuk berinovasi dan berubah.

"Pusat SME akan terus menyokong perniagaan untuk meningkatkan keupayaan dan meletakkan diri mereka secara strategik untuk bertahan dan mencapai pertumbuhan masa depan," ujarnya.

Sementara itu, peningkatan dalam skim seperti Skim Pembiayaan Perusahaan - Program Berkongsi Risiko Hutang, dan pengenalan program lain seperti Program Pemimpin Digital (DLP) akan memberi sokongan lebih lanjut kepada SME, yang ingin menjalankan dan merangsang transformasi digital merek, kata kenyataan DPPMS.

Dewan turut menyeru kepada para anggotanya supaya bekerjasama dengannya untuk memanfaatkan skim dan program yang ada demi memastikan kemampanan dan kejayaan jangka panjang dalam dunia pasca Covid-19.

Memberi pandangannya, Encik Shafi Kader, Pengarah Urusan OurPasar.Com, berkata:

"Pelanjutan skim-skim tertentu adalah berita gembira untuk SME yang mempunyai cabaran pengambilan pekerja.

"Sokongan diberikan akan membolehkan SME meningkatkan kemahiran pekerja sambil memenuhi keperluan perniagaan sedang ekonomi memasuki fasa pemulihan."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3