Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID AR-RAUDHAH

Dua relawan mapan terima Anugerah Jasa Bakti Muis 2021

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



MASJID Ar-Raudhah telah meraikan dua relawan mapan yang juga merupakan penerima Anugerah Jasa Bakti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) 2021 baru-baru ini.



Encik Mohd Fadzuli Bajuri dan Encik Malik Majid adalah insan yang banyak memberi sumbangan kepada agama dan masjid setempat serta masyarakat Islam amnya.



MELESTARIKAN PEMBANGUNAN AL-QURAN



Encik Mohd Fadzuli sudah lebih 53 tahun berkhidmat dalam komuniti, dan sentiasa bersemangat memastikan masyarakat Islam dapat mempelajari agama dan Al-Quran dengan sebaiknya. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Masjid Ar-Raudhah pada 2002 hingga 2006, dan menyumbang tenaga kepada bidang pembangunan Al-Quran di Singapura.



Salah satu sumbangan utamanya adalah mempromosikan dan melaksanakan sistem literasi Al-Quran yang dinamakan Iqra yang dibangunkan di Indonesia.



Anggota lembaga pengurusan Masjid Ar-Raudhah (MMB) ini pernah melawat negara seberang pada 1994 untuk mempelajari lebih lanjut mengenai sistem literasi Al-Quran.



Encik Mohd Fadzuli berkata lawatannya ke Indonesia adalah untuk mendalami sistem pembelajaran dan memperkenal literasi Al-Quran di sini.



"Susulan lawatan itu, pembimbing Iqra dari Indonesia juga telah melawat Singapura bagi melatih dan menyelia pelaksanaan Iqra untuk asatizah di Singapura.



"Latihan untuk kanak-kanak dan orang dewasa pula tidak hanya mengajak golongan madrasah, malah golongan sekular. Sistem ini terbukti menjadi kaedah yang mudah dan berkesan, khususnya bagi mempelajari bacaan Al-Quran dan ia mudah diterima di rumah, madrasah, serta beberapa masjid dan pusat pendidikan Islam swasta yang lain," kata Encik Mohd Fadzuli.



Selain itu, sumbangannya terhadap pembangunan Al-Quran di Singapura juga begitu terserlah melalui penglibatannya dalam Pertandingan Menghafaz (Musabaqah Tilawah dan Tahfiz Al-Quran atau MTTQ).



Sebagai bekas juara pertandingan itu, beliau juga dilantik sebagai salah seorang hakim pertandingan itu dari 1970-an hingga 2015.



Encik Mohd Fadzuli turut menjalin kerjasama dengan pakar tajwid dan taranum dari Malaysia iaitu Allahyarham Tan Sri Dato' Hassan Azhari dan Dato' Nik Jaafar Nik Ismail untuk melatih hakim Singapura dalam MTTQ. Usaha ini perlu demi memastikan hakim negara mempunyai piawaian yang tinggi. Selain itu, beliau juga melatih qari dan qariah yang menjadi pemenang dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Antarabangsa di Malaysia.



"Galakan pembacaan Al-Quran di masjid serta di rumah. Walaupun masa anak-anak sudah tidak sama seperti dulu, ibu bapa cubalah seberapa yang boleh memainkan peranan masing-masing. Setidak-tidaknya, bacalah Al-Quran bersama anak-anak pada hujung minggu," pesan Encik Mohd Fadzuli.



MANTAPKAN PENGURUSAN MASJID



Pengorbanan mantan Naib Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Encik Malik Majid, juga sangat dihargai kerana beliau membawa perubahan kepada pentadbiran masjid dan kakitangan di Masjid Ar-Raudhah.



Encik Malik telah berkhidmat sebagai ahli pentadbir masjid selama 22 tahun dan sepanjang penglibatannya, beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari masjid.



Di bawah kepemimpinannya juga, beliau mengatur skop kerja kakitangan masjid dan membangunkan skim gaji baru. Pelaksanaan ini penting bagi mengembangkan peranan masjid dalam sosio-agama, menarik lulusan agama dan membentuk kakitangan yang bermutu.



Encik Malik juga telah menyelia salah satu kerja naik taraf masjid sehingga terbina dewan serbaguna, 'Dewan Yam', yang boleh digunakan untuk kelas agama atau program jemaah yang lain. Kegiatan peningkatan itu juga berjaya menyediakan ruang solat tambahan ketika masjid sesak dengan kehadiran jemaah untuk solat Jumaat dan Aidilfitri sebelum Covid-19 melanda.



Beliau adalah insan penting dalam mendapatkan sokongan kewangan bagi kerja naik taraf dan berjaya mendapatkan penaja daripada sektor perniagaan. Encik Malik juga telah menganjurkan tiga kejohanan Golf Amal untuk membantu mengumpul dana bagi membaiki bumbung masjid.



"Alhamdulillah, segala usaha berjalan dengan lancar. Oleh itu, bantulah masjid dengan seikhlas mungkin. Jika kita ikhlas dan jujur, insya-Allah, orang lain juga akan membantu kita dengan ikhlas dengan turut menyumbang dari segi kewangan," kata Encik Malik.



Masjid Ar-Raudhah juga dalam proses peningkatan dan menyeru masyarakat Islam agar terus membantu dan menyumbang kepada dana peningkatan. Anggaran kos kerja peningkatan masjid Ar-Raudhah adalah sebanyak $6 juta dolar. Prasarana masjid yang bakal dinaik taraf pada fasa 2 tahun hadapan adalah memperluas ruang solat dan menjadikan masjid mesra warga emas. Masjid Ar-Raudhah berharap dapat mencapai matlamat dana untuk menjalankan kerja peningkatan masjid agar masjid boleh memberi keselesaan kepada jemaah.




KURSUS PENGAJIAN AL-QURAN



Masjid Ar-Raudhah turut mengadakan Kursus Al-Quran 3T, kursus Asas Taranum dan Talaqi untuk orang dewasa dan pembelajaran Al-Quran Literacy, atau AQL, bagi kanak-kanak.



Masjid juga dalam proses melancarkan program Raudhatul Quran (Taman Al-Quran) untuk membina generasi keluarga Al-Quran berdasarkan (5 'Mim') Membaca, Menulis, Menghafal, Memahami, Menghayati.



Untuk keterangan lanjut bagi kursus pengajian Al-Quran di Masjid Ar-Raudhah ini, sila hubungi Ustazah Zakiah Abdul Razak di talian 6899-5840 pada waktu pejabat.



Semua pengajian bakal dijalankan melalui dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >