Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

HOLLYWOOD

'Dune' angkat nama Denis Villeneuve sebagai pengarah cereka sains terbilang

Filem perjuangan manusia atasi ketakutan bila sumber terhakis usaha sutradara sebar tentang keindahan alam
Sep 08, 2021 | 05:30 AM



NAMA Denis Villeneuve, pengarah filem kembara cereka sains Dune, disebut-sebut sebagai mampu mengatasi pengarah Christopher Nolan yang mampu menjana filem ceritera berani bertaraf pecah panggung di Hollywood.



Villeneuve, 53 tahun, karyawan filem bangsa Perancis yang dilahirkan di Canada, kian membina namanya sebagai pencerita yang mampu menggegarkan persada filem antarabangsa dengan idea luar biasanya.



Beliau bermula sebagai pengarah belia yang menghasilkan filem ringkas dan memenangi peraduan filem belia, La Course Europe-Asie, pada 1991.



Villeneuve kemudian menghasilkan filem asing bebas dan mampu memperkukuh namanya sebagai pengarah genre cereka sains yang berpijak di bumi nyata malah sering berlegar tentang trauma manusia dan perihal tuntutan moral.



Kerana beliau menyisipkan adegan yang biasanya hadir dalam hidup manusia, ramai yang mampu mengaitkan diri mereka malah dibuai emosinya setiap kali menonton filem arahan Villeneuve.



Kerana itulah, kebolehannya menggunakan situasi sebenar dan kesan khas praktikal dalam filem cereka sains membuatnya disamakan secara artistik dengan Nolan, 51 tahun, yang sentiasa muncul dengan idea segar.



Mereka bukan sahaja berkongsi idea yang serupa dalam hasil kerja mereka, menjana filem susulan yang lebih berjaya daripada filem asal, tetapi juga bukti betapa seorang karyawan filem boleh beredar daripada mengarah filem bebas atau 'indie' kepada yang bertahap komersial dan pecah panggung.



Sentuhan kreatifnya dapat penulis lihat dalam filem Dune yang akan ditayangkan di pawagam serata Singapura mulai 16 September ini.



Bukan sahaja filem cereka sains tentang pemuda bijak Paul Atreides yang perlu mengembara ke planet berbahaya demi memastikan kesejahteraan keluarga dan masyarakatnya terjamin itu kaya dari segi visual.



Ia malah mampu menyentuh perasaan dek jalan cerita yang mengajak penonton agar memikirkan tentang usaha menakluki rasa takut demi penakatan jangka panjang dalam dunia yang kian terhakis sumber berharganya.



Dalam filem ini, sumber berharga yang dimaksudkan adalah bahan 'melange' atau rempah-ratus yang dapat melanjutkan hayat manusia dan memberi mereka daya fikir luar biasa serta mempercepatkan kembara manusia dari planet padang pasir Arrakis.



Jalan cerita Dune yang dipaparkan kini adalah bahagian pertama daripada dua naskhah cerita yang dipadankan daripada novel asal Dune yang diterbitkan pada 1965 dan ditulis Frank Herbert.



Ia dibintangi Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, David Dastmalchian, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem.



Dune mula ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Venice ke-78 pada 3 September lalu dan ditayangkan serentak di pawagam dan khidmat penstriman HBO Max.



Tabik hormat di atas semangat gigih Villeneuve mencuba sesuatu yang baru. Daripada filem asing, beliau beralih ke filem Inggeris sepanjang sedekad lalu.



Ini termasuk Prisoners yang dibintangi nama besar dan pelakon tampan, Hugh Jackman pada 2013.



Pencalonan kedua Villeneuve bagi Anugerah Academy pula adalah bagi filem ini yang turut dibintangi pelakon yang hebat tetapi kurang ditonjolkan, Jake Gyllenhaal.



Ini disusuli dengan filem lain seperti Sicario, Arrival dan Blade Runner: 2049 yang menempatkan namanya dalam senarai pengarah berwibawa masa kini. Ini ditambah dengan 16 pencalonan Oscar sejauh ini.



Beliau ternyata mampu beralih dari mengarah filem 'thriller' ke filem jenayah dan cereka sains tanpa ketidakselesaan walaupun langkah itu berisiko tinggi kerana setiap projek dijalankan dalam keterbatasan masa.



Dunia Dune yang dihasilkan Villeneuve lebih seronok ditonton di layar raksasa pawagam dan bukannya di kaca televisyen atau layar komputer riba anda.



Sebabnya, sang sutradara telah secara khusus mewujudkan dunianya sendiri dan bukan setakat hasil imaginasi susuli membaca novel Dune yang ditulis lebih lima dekad lalu.



Pastinya ia lebih hidup daripada filem dengan tajuk serupa Dune arahan David Lynch pada 1984.



Dalam satu perbincangan meja bundar antara Villeneuve dengan media Barat, majalah dalam talian Film menukil pengarah ini sebagai berkata beliau terinspirasi menghasilkan Dune kerana dekat dengan alam semesta sejak kecil.



"Apabila saya menonton Star Wars pada 1977, adegan kegemaran saya melibatkan alam semesta dan keaslian serta kesederhanaan hidup.



"Dalam adegan awal filem ini di mana anda lihat robot bersifat manusiawi atau 'droid', ada sesuatu tentang kekuatan alam yang memperkukuh jalan cerita filem ini.



"Saya dibesarkan dengan pengalaman menghasilkan dokumentari di mana alam semesta merupakan unsur kekuatan utama. Ini yang saya terapkan dalam Dune.



"Anehnya, filem cereka sains saya seperti dokumentari dengan alam menjadi rakan akrab mencantikkan filem dan bukannya musuh yang perlu ditewaskan," ujarnya.



Minatnya pada alam itu dipupuk neneknya sejak kecil. Itulah titik tolak beliau terfikir sama ada ingin jadi pakar biologi atau sutradara apabila dewasa kelak.



"Saya dibesarkan di perkampungan kecil di mana saya sering bertemankan kaki langit berdekatan Sungai St. Lawrence.



"Kita rasa rendah hati dan kerdil melihat langit luas dan ufuk yang Tuhan cipta. Kuasa alam luar biasa.



"Nenek juga mengajar saya agar jangan pernah berhenti rasa kagum dengan ciptaan sekeliling kita khususnya alam semesta.



"Saya kagum dengan alam, bunga dan apa sahaja. Menurut nenek saya, dia sentiasa berdoa di tamannya setiap kali menyemai tanaman dan pepohon kecil.



"Keindahan alam cukup spiritual buat nenek. Dia rasa kaitan istimewa dengan alam. Itulah yang saya pegang setiap kali memanfaatkan alam bagi filem arahan saya," jelasnya.




"Apabila saya menonton Star Wars pada 1977, adegan kegemaran saya melibatkan alam semesta dan keaslian serta kesederhanaan hidup.

Dalam adegan awal filem ini di mana anda lihat robot bersifat manusiawi atau 'droid', ada sesuatu tentang kekuatan alam yang memperkukuh jalan cerita filem ini.

Saya dibesarkan dengan pengalaman menghasilkan dokumentari di mana alam semesta merupakan unsur kekuatan utama. Ini yang saya terapkan dalam Dune."

- Pengarah filem Dune, Denis Villeneuve.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >