Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EDB, Schneider jalin usaha sama, jana 100 pekerjaan di S'pura

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Kemajuan Ekonomi (EDB) telah bekerjasama dengan sebuah syarikat Eropah, Schneider Electric bagi menginkubasi dan melancarkan perniagaan baru yang mempunyai potensi untuk dikembangkan di dunia.



Hasilnya, sebuah syarikat sejagat pertama, NaviX Solutions, telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semalam.



EDB New Ventures akan melaburkan bersama dengan Schneider Electric bagi membentuk ibu pejabat (HQ) sejagat NaviX di Singapura yang dijangka menawarkan 100 peluang pekerjaan baru bagi Singapura.



Antara lain, pekerjaan yang akan dicipta termasuk dalam bidang khidmat pelanggan, sokongan teknikal, kewangan, sumber manusia dan logistik, kata ketua eksekutif NaviX Solutions, Encik Simon Claringbold.



"Syarikat ini akan menangani cabaran kritikal dalam ekonomi digital yang berubah di mana aset seperti kuasa tenaga menjadi prasarana perniagaan yang penting,'' katanya.



Pada 2019, Schneider Electric mengumumkan ia telah membuat komitmen sebanyak $16 juta bagi empat tahun mendatang untuk membangunkan perniagaan baru yang mempunyai potensi berkembang di peringkat sejagat dari Singapura.



"Menyokong korporat bagi membangunkan perniagaan berpangkalan Singapura yang baru seperti NaviX dan menjadi pemangkin bagi usaha sama korporat di Singapura merupakan tumpuan utama EDB New Ventures,'' kata Timbalan Presiden Eksekutif Usaha Sama dan Inovasi Baru EDB, Encik Choo Heng Tong, dalam pelancaran NaviX semalam.



Beliau menambah syarikat korporat yang besar seperti Schneider Electric, mempunyai aset yang boleh memberikan usaha sama modal korporat kelebihan seperti akses kepada pelanggan, rantaian bekalan dan saluran pengedaran.



Terdapat lebih 40 usaha sama modal korporat di negara ini yang kebanyakannya diwujudkan hanya tiga tahun lalu.



"EDB Ventures akan terus menyokong syarikat korporat dalam usaha membangunkan perniagaan baru, dengan tujuan mengembangkan usaha sama modal korporat ini menjadi perniagaan utama sejagat dari Singapura,'' kata Encik Choo.



Semalam, semasa mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Schneider Electric di Kallang, Encik Heng ditunjukkan beberapa inovasi syarikat tersebut termasuk wadah digital bersepadu yang diusahakan NaviX Solutions.



Wadah itu antara lain memberikan pelanggan analitik data dalam bentuk ramalan atau dalam masa sebenar.



Juga, NaviX akan menyediakan khidmat prasarana bagi menguruskan kuasa tenaga perniagaan berdasarkan langganan. Ini dapat menjimatkan kos kerana pelanggan mereka tidak perlu mengeluarkan modal sendiri.



Encik Claringbold berkata: "Peranan kami adalah untuk memberi sokongan kepada syarikat-syarikat untuk terus menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah sementara mengimbangi keperluan menjalani transformasi secara berdaya tahan."



"Pada masa yang sama, kami sedang menggalak perubahan minda, menjadikan lebih ketara peranan genting yang dimainkan oleh aset-aset ini dan bagaimana hendak memaksimumkan nilai yang diberikan mereka."`




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >