Dan nanti kau pulang
berimpian insan cemerlang
berpaksi taqwa
dalam hidupnya seluruh terjelma
tidak cuma di bibir basah
tersasar hilang pasrah.
Kembalimu seorang pejuang
bertekad menakluk al-abrar
berbakti segar
bukan menggamit al-fujjar
penjara si penderhaka ingkar.
Yang mahu kau tuju
pilihan di tanganmu
dari Baitullah ke syurga
atau sesat ke jurang neraka.
MAAROF SALLEH