Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Man United tundukkan Sunderland 3-1

Dec 27, 2016 | 08:17 AM



MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol ke-17 beliau musim ini apabila pengurus Sunderland, David Moyes, dilanda kekalahan 3-1 semasa kembali ke Manchester United pada Isnin (26 Dis).



Pemain pertahanan Daley Blind membuka jaringan pada minit ke-39 di Old Trafford dengan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak September 2015.



Gol lewat oleh Ibrahimovic dan pemain gantian Henrikh Mkhitaryan, dengan mengetis bola, memastikan kemenangan United, walaupun Fabio Borini merapatkan jurang dengan gol hebat bagi Sunderland.



Ia melebarkan rekod kemenangan United, yang bermain tanpa kapten Wayne Rooney yang cedera, kepada 11 perlawanan dalam semua pertandingan.



United kekal di tangga keenam EPL, tetapi menyamakan matanya dengan pasukan tempat kelima, Tottenham Hotspur, yang bertandang ke Southampton pada Rabu.



Sunderland dan Moyes, yang dipecat oleh United pada April 2014, kekal di zon penyingkiran. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >