Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Fahami usus anda

Mar 08, 2021 | 05:30 AM

TIDAK bertoleransi terhadap makanan dan amalan pemakanan yang tidak seimbang dalam kalangan individu merupakan antara faktor yang membawa kepada masalah penghadaman seperti sembelit, kembung, cirit-birit.

Usus yang sihat perlu bermula dengan diet yang seimbang untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Usus yang sihat dapat mencegah penyakit usus seperti kanser usus besar dan usus kecil, serta penyakit melibatkan iritasi pada usus (irritable bowel syndrome) seperti penyakit Crohn dan Ulcerative Colitis.

Bakteria usus terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat.

Kandungan bakteria-bakteria ini perlulah seimbang untuk memastikan sistem penghadaman berjalan lancar dan menggalakkan penyerapan nutrien yang lebih berkesan.

Faktor Yang Mempengaruhi Ketidakseimbangan Mikroflora Dalam Usus

  • Diet yang tidak sihat
  • Jangkitan
  • Penggunaan antibiotik
  • Tekanan
  • Peningkatan usia
  • Penyakit
  • Ubat-ubatan
  • Cuaca

Bakteria Baik Dan Bakteria Jahat

Bakteria Baik - dipanggil probiotik - merupakan bakteria yang menjadikan dinding usus kuat dan sihat.

Bakteria Jahat - boleh menyebabkan usus sakit jika berada dalam usus secara berlebihan.

Bakteria Baik (Probiotik)

Fungsi

  • Membantu melegakan masalah penghadaman seperti sembelit, kembung dan cirit-birit.
  • Menguatkan sistem ketahanan badan.
  • Menggalakkan penyerapan nutrien oleh usus.

Terdapat 2 jenis probiotik yang utama iaitu:

i. Lactobacillus (hidup dalam usus kecil)

ii. Bifidobacterium (hidup dalam usus besar).

Probiotik daripada sumber makanan boleh didapati daripada susu kultur, tempe dan yogurt untuk meningkatkan bakteria baik di dalam usus.

Bagi mereka yang tidak menggemari susu, probiotik dalam bentuk suplemen juga boleh didapati di pasaran.

Prebiotik

Prebiotik adalah "makanan" untuk bakteria baik (probiotik) di mana ia meningkatkan populasi probiotik di dalam usus.

Sumber prebiotik :

1) Bawang besar, bawang putih, daun saderi
2) Pisang
3) Asparagus
4) Oat, barli
5) Kacang soya

Bakteria Jahat

Antara faktor peningkatan populasi bakteria jahat dalam usus termasuk:

  • penggunaan antibiotik yang berlebihan
  • peningkatan toksik dalam badan
  • pengambilan serat yang tidak mencukupi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3