Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Farid Khan kekal Presiden DPPMS

Abu Bakar turut kekal Timbalan Presiden selepas tiada nama lain dicalon
May 19, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) Encik Farid Khan akan terus mengekalkan jawatannya sebagai Presiden bagi penggal kedua sehingga 2023.



Ini setelah tiada nama lain yang dikemuka bagi jawatan tersebut dalam penamaan calon bagi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) DPPMS yang bakal diadakan pada 3 Jun ini.



Selain beliau, Timbalan Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor juga akan mengekalkan jawatannya itu setelah hanya namanya dicalonkan.



Sebanyak 15 jawatan dalam DPPMS dibuka untuk penamaan calon yang berlangsung dari 15 April hingga 14 Mei.



Encik Farid, pengerusi dan pengarah urusan serantau syarikat perkapalan, Bourbon Offshore Asia, dan juga pengarah urusan syarikat robot dalam air, Maxsurv Pte Ltd, manakala Encik Abu Bakar pula merupakan pengerusi kumpulan awan Forward Vision Pte Ltd.



Di bawah perlembagaan DPPMS, mereka boleh berkhidmat selama tiga penggal. Mereka telah berkhidmat selama sepenggal dari 2019 hingga tahun ini.



Selain dua jawatan itu, jawatan yang dipertandingkan termasuk Naib Presiden I dan Naib Presiden II, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Penolong Bendahari Kehormat, enam anggota Lembaga Pengarah dan Pengerusi Tetap.



Namun, di akhir penamaan calon, jawatan yang dipertandingkan termasuk Pengerusi Tetap yang mempunyai dua calon dan 12 calon yang akan merebut enam jawatan sebagai anggota lembaga pengarah.



Mengulas mengenai perkembangan itu ketika ditanya Berita Harian (BH), Encik Farid berkata: "Selepas berkhidmat selama sepenggal dengan DPPMS, terdapat beberapa rancangan yang perlu dilaksanakan tetapi ditunda disebabkan keadaan Covid-19 yang tidak stabil."



Dengan beliau terus memimpin badan induk niaga Melayu/Islam itu, ia akan memastikan segala rancangan dilakarkan DPPMS dapat dilaksanakan.



Encik Farid berkata mereka ingin menarik pasukan baru dan muda yang memandang ke hadapan yang berupaya untuk mengambil-alih di tahun-tahun mendatang.



Beliau berkata calon yang dinamik akan terus membangunkan kemajuan dicapai sejak beberapa tahun lalu.



Encik Abu Bakar berkata Dewan memainkan peranan yang penting dalam menyokong masyarakat peniaga Melayu/Islam terutama dalam wabak ini.



"Saya gembira dapat memainkan peranan ini di samping melihat ramai anggota kami yang bekerjasama dengan kami. Saya bangga dapat menjadi sebahagian dari usaha bersama ini yang dimainkan Dewan, agensi awam dan masyarakat peniaga semasa pandemik ini. Ia amat teruja melihat setiap dari kami bekerjasama dan saya amat menantikan untuk terus menyumbang dengan pasukan baru di Dewan bagi penggal baru," kata Encik Bakar.



Anggota DPPMS yang juga pengarah urusan Shahida Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia menyambut baik perkembangan itu dan melahirkan hasrat mahu terus menyokong kepimpinan Encik Farid.



"Saya lihat beliau ikhlas memberikan khidmat kepada masyarakat peniaga dan banyak pembaharuan diperkenalkan. Semasa wabak ini, kita perlukan kepimpinan utuh untuk membantu peniaga dan melakarkan strategi ke hadapan bagi membantu peniaga kecil-kecilan dan memanfaatkan peluang ke luar negara terutama di Nusantara," kata Encik Ayoob.



Bagi jawatan pengerusi tetap yang dipertandingkan, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) SSA Consulting Group, Encik Suhaimi Salleh yang merupakan pengerusi tetap DPPMS, akan bertanding dengan pengerusi Institut Latihan Singapura Encik Zahabar Ali.



Dua jawatan Naib Presiden DPPMS akan disandang oleh pengarah urusan Spa Jelita Cik Fadilah Majid, yang mengekalkan jawatannya, dan pengerusi eksekutif Enercon Asia Encik Azhar Othman.



Encik Azhar mengambil-alih jawatan Pengarah Urusan Nan Guan Construction Pte Ltd, Encik Mohamed Abdul Akbar Mohamed Abdul Kader, yang sudah lama berkhidmat di DPPMS tetapi memutuskan tidak mahu bertanding.



Encik Azhar bukan muka baru kerana pernah menjawat jawatan yang sama semasa DPPMS dipimpin mantan presiden Encik Muhammad Shamir Abdul Rahim.



Jawatan Penolong Bendahari Kehormat DPPMS tidak mempunyai sebarang calon apabila pengasas Dayn Advisory LLP, Encik Shamir Wahid memutuskan untuk tidak bertanding.



Bagi anggota lembaga pengarah pula, seramai 12 orang akan merebut enam jawatan anggota lembaga pengarah yang dipertandingkan.




CALON BAGI PEMEGANG JAWATAN DPPMS



Presiden: Encik Farid Khan, pengerusi serantau Bourbon Offshore Asia, dan pengarah urusan Maxsurv Pte Ltd.

Timbalan Presiden: Encik Abu Bakar Mohd Nor, pengerusi Forward Vision Pte Ltd.

Naib Presiden I: Cik Fadilah Majid, pengarah urusan Spa Jelita.

Naib Presiden II: Encik Azhar Othman, pengerusi eksekutif Enercon Asia (baru).

Setiausaha Kehormat: Encik Fazli Mansor, pengasas bersama dan pengerusi ISGN Pte Ltd.

Penolong Setiausaha Kehormat: Encik Abdul Kadir Abdul Hamid, pemilik OS Bagus Foodstuff.

Bendahari Kehormat: Encik Akber Ali, pengarah urusan AAA Assurance PAC.

Penolong Bendahari Kehormat: Tidak ada calon.



12 calon bertanding untuk 6 jawatan anggota Lembaga Pengarah:



  • Pemilik Amani Services Pte Ltd, Encik Mohamed Nor Ismail (Kino)

  • Pengarah urusan Pondok Abang, Encik Hasan Abdul Rahman

  • CEO Singapore Hospitality Pte Ltd, Encik Ali Abbas

  • Pengarah Indobox Pte Ltd, Encik Iman Yusoff (baru)

  • Pemilik Neu Entity Encik Ferdaus s/o Amzah (baru)

  • Pemilik Fatimah Mohsin The Wedding Gallery, Cik Fatimah Mohsin (baru)

  • Pengarah urusan Priboy Shipping Supplies, Cik Ferzana Bagum Yusoff (baru)

  • CEO MSR Interior Design, Encik Syahiran Rohajat (baru)

  • Pengarah Eksekutif STIE Pte Ltd, Cik Maslina Mohamed (baru)

  • Pengarah Pristine Print, Encik Khairuzamani Mohamed Noor (baru)

  • CEO Alertist, Cik Rohani Mohamed (baru)

  • Pengerusi Unipro Group of Companies, Encik Seeni Jaafar Ghany (baru)

2 calon bertanding untuk jawatan Pengerusi Tetap:



  • Presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) SSA Consulting Group, Encik Suhaimi Salleh (pengerusi sekarang)

  • Pengerusi Institut Latihan Singapura Encik Zahabar Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >