Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Fasa akhir pengumpulan dana sebelum dibuka semula

Setempat
27
0

MASJID ABDUL GAFOOR

Fasa akhir pengumpulan dana sebelum dibuka semula

Dec 18, 2020 | 05:30 AM

BERADA dalam fasa pembinaan yang terakhir, kini Masjid Abdul Gafoor sedang bersiap sedia untuk kembali dibuka sepenuhnya.

Pembukaan semula masjid ini dijangka Januari depan.

Pengerusi Masjid Abdul Gafoor, Encik Paiman Supangat, menyatakan:

"Pada kali ini, fokus kami adalah untuk mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa bagi memohon pembukaan semula masjid yang dirancang Januari ini.

"Sementara itu, proses naik taraf masih lagi berjalan seperti biasa bagi memastikan kelicinan rancangan penyediaan pelbagai kemudahan untuk keselesaan para jemaah."

Berkaitan dengan naik taraf, Encik Paiman berkata pihaknya telah melakukan penukaran penyaman udara, permaidani, sistem pembesar suara, lampu, kipas dan sebagainya.

Segala penambahbaikan akan mewujudkan suasana baru dan selesa bagi jemaah yang ingin melakukan ibadah di sini.

Pada masa yang sama, Encik Paiman berkata pihaknya turut mengembalikan warna asal bangunan yang telah berusia lebih 100 tahun itu demi menjaga keaslian masjid tersebut.

Dalam menjelaskan tentang aktiviti masjid sepanjang musim wabak Covid-19, Encik Paiman berkata:

"Pihak masjid sedang meneliti semula program dakwah dan segala aktiviti lain yang disediakan untuk para jemaah dari semua peringkat umur.

"Penelitian ini bertujuan untuk memastikan masjid dapat meneruskan aktiviti yang bersesuaian dan menarik, sekali gus membawa manfaat kepada para jemaah."

Sehubungan dengan itu, program dakwah dan madrasah secara dalam talian masih lagi diteruskan, katanya.

Walaupun masjid masih ditutup, Encik Paiman tidak mahu aktiviti dakwah tergendala.

"Jadi, kami cuba mengambil manfaat daripada penggunaan media sosial yang lebih maju ke hadapan dan berkesan untuk jemaah," ujarnya lagi.

Encik Paiman juga berharap agar usaha-usaha untuk menampung dana masjid akan mendapat sambutan demi memastikan kelancaran kerja-kerja naik taraf yang sedang berlangsung.

Kata beliau: "Kekangan masih tertumpu kepada usaha mencukupkan dana yang masih kurang, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

"Semoga masjid dapat dibuka semula mengikut jadual yang dirancang.

"Oleh itu, kami memohon agar masyarakat Islam terus membantu kami untuk mencukupkan dana yang masih kurang.

"Insya-Allah, keikhlasan dan amalan bersedekah yang amat disukai oleh Allah swt ini akan menjadi pelindung buat diri kita di akhirat kelak."


"Semoga masjid dapat dibuka semula mengikut jadual yang dirancang. Oleh itu, kami memohon agar masyarakat Islam terus membantu kami untuk mencukupkan dana yang masih kurang.''
- Pengerusi Masjid Abdul Gafoor, Encik Paiman Supangat.


CARA MENYUMBANG

Derma boleh dilakukan menerusi:

– Pemindahan wang ke akaun bank OCBC yang bernombor 5018 5778 3001.

– Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, anda boleh menghantar cek dengan menyertakan nama ‘Masjid Abdul Gafoor’.

– Sila layari laman sesawang rasmi masjid ini iaitu www.abdulgafoormosque.sg

– Anda juga boleh hubungi talian 6295-4209 untuk sebarang maklumat lanjut.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3