WALAUPUN mencatat rekod box office di Amerika Syarikat (AS) dengan kutipan sebanyak AS$25.65 juta (S$34.86 juta), hasil pendapatan tayangan perdana dan hujung minggu pertama filem The Suicide Squad tidak memenuhi jangkaan.
Penularan virus varian Delta dijadikan sebab filem yang mendapat pujian para pengkritik filem ini tersandung dari segi kutipan panggung di era pandemik ini.