Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma anak Melayu pasang panel suria bagi 'hidupkan' Pavilion Singapura di Expo 2020 Dubai

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH syarikat penyedia huraian tenaga suria Singapura, Zaffra Solar, telah membuat rekaan dan memasang panel suria bagi menyediakan bekalan tenaga yang menghidupkan Pavilion Singapura di Expo 2020 Dubai.



Syarikat milik ketua pegawai eksekutif (CEO) Azhar Othman, itu memenangi tender bagi projek itu sejak 2019.



Expo 2020 Dubai, yang akan mula menerima pengunjung awam hari ini, sepatutnya diadakan tahun lalu tetapi ditunda disebabkan Covid-19. Ia akan berlangsung sehingga 31 Mac tahun depan.



"Kami memenangi tender itu pada Oktober 2019 kerana ekspo itu sepatutnya diadakan pada Oktober 2020 tetapi ditunda selama setahun," kata Encik Azhar.



Memandangkan sekatan pergerakan, beliau juga tidak dapat ke sana dan perlu membuat arahan dan perbincangan dengan rakan-rakan niaga di Dubai.



Oleh kerana penundaan itu dan oleh kerana Covid-19, mereka harus menguruskan banyak perkara dari jarak jauh yang menyebabkan projek ini cukup mencabar.



Satu lagi cabaran ialah cuaca di Dubai yang menjejas projek itu. Oleh kerana terdapat ribut pasir, panel suria yang telah dipasang diselubungi pasir baru-baru ini.



Mujur, panel suria seluas dua padang bola itu dapat dibersihkan menggunakan alat pembersih khas.



"Projek ini menunjukkan kami dapat bersaing dalam arena antarabangsa. Terdapat hambatan dan cabaran tetapi kami dapat menghuraikannya di tengah-tengah pandemik ini bagi menyediakan kuasa tenaga bagi Pavilion Singapura," ujar Encik Azhar, yang bercadang ke sana apabila sekatan pergerakan ditarik-balik.



Encik Azhar, juga memiliki satu lagi syarikat kejuruteraan Enercon Asia, yang telah beberapa kali mendapat projek di Amiriah Arab Bersatu (UAE) di samping negara-negara lain termasuk Kuwait, Bangladesh, Kemboja, Filipina dan Vietnam.



Pada 2015, Enercon Asia pernah memenangi Anugerah Pembekal Terbaik dari Cummins Middle East, sebuah majalah bekalan tenaga, suria dan gas di rantau itu.



Encik Azhar, yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), membentuk Zaffra Solar bagi menawarkan huraian tenaga solar, penyimpanan tenaga dan khidmat audit tenaga bagi bangunan kediaman, komersial dan perusahaan.



Baru-baru ini beliau juga membentuk satu lagi syarikat Gaed (Global Analytics Energy Doctor) bagi memastikan bekalan tenaga digunakan dengan berkesan hasil penggunaan teknologi Blockchain. - Oleh NORHAIZA HASHIM




"Projek ini menunjukkan kami dapat bersaing dalam arena antarabangsa. Terdapat hambatan dan cabaran tetapi kami dapat menghuraikannya di tengah-tengah pandemik ini bagi menyediakan kuasa tenaga bagi Pavilion Singapura."
- CEO Zaffra Solar, Encik Azhar Othman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >