Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma pemula Gaed kumpul dana RM2.5j dari pelabur bagi pejabat di Malaysia

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



APABILA usahawan Encik Azhar Othman membentuk syarikat pemula Gaed (Global Analytics Energy Doctor), beliau melihat minat yang mendalam dalam kalangan pelabur penyedia modal (VC) yang ingin melabur dalam perniagaan teknologi itu.



Beliau sudah pun mengumpulkan dana sebanyak RM$2.5 juta ($0.8 juta) dari para pelabur bagi pejabatnya di Malaysia dan $500,000 di pejabatnya di Singapura.



"Pernah kami mendapat panggilan dari pelabur dari Timur Tengah yang melabur dalam syarikat saya kerana ia berlandaskan syariah. Beliau dan rakannya dari Qatar melabur dalam syarikat itu. Selain itu, kami juga sedang dalam perbincangan dengan pelabur dari China dan Britain,'' kata Encik Azhar, yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) Enercon Asia dan Zaffra Solar.



Dengan wadah teknologi penjanaan awam (crowdfunding) dalam talian, ia lebih mudah menarik dana dari para pelabur sejagat daripada cara tradisional mengumpulkan dana bagi perniagaan.



Menurutnya, para pelabur tertarik dengan syarikat pemula yang mempunyai idea inovatif yang berlandaskan teknologi yang mempunyai potensi untuk berkembang dengan pesat.



Biasanya, syarikat-syarikat pemula ini ini mengganggu industri tradisional yang sudah lama beroperasi.



Encik Azhar, yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), misalnya membentuk syarikat Gaed bagi memastikan bekalan tenaga digunakan dengan berkesan hasil penggunaan teknologi 'blockchain'.



Dalam dunia firma pemula, keupayaan mengembangkan idea inovatif model menjadi sebuah perniagaan pemula yang dapat dikembangkan dengan pantas atau 'scalable' di beberapa buah negara menjadi matlamat.



Justeru, para pelabur sanggup melaburkan dana mereka dalam syarikat-syarikat ini meskipun syarikat ini belum menguntungkan.



Syarikat penyedia khidmat penghantaran makanan dan sewa kenderaan privet, Grab, misalnya melaporkan kerugian bersih sebanyak AS$815 juta ($1.1 bilion) bagi tiga bulan pertama berakhir 30 Jun lalu, melebihi AS$718 juta dicatatkan setahun lalu.



SEA Ltd, yang memiliki wadah e-dagangan Shopee dan pembangun permainan elektronik Garena, pula mencatatkan kerugian bersih sebanyak AS$433.7 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun lalu tetapi pendapatannya berganda mencapai AS$2.3 bilion, naik 158.6 peratus.



"Tetapi, harus ditekankan tidak semua syarikat pemula yang akan berjaya. Kadar yang gagal juga tinggi. Membuka perniagaan pemula dengan syarikat biasa juga berbeza. Mentalitinya berbeza,'' kata Encik Azhar.




BERLANDAS SYARIAH JADI TARIKAN PELABUR TIMUR TENGAH

"Pernah kami mendapat panggilan dari pelabur dari Timur Tengah yang melabur dalam syarikat saya kerana ia berlandaskan syariah. Beliau dan rakannya dari Qatar melabur dalam syarikat itu. Selain itu, kami juga sedang dalam perbincangan dengan pelabur dari China dan Britain.''

- Encik Azhar Othman, CEO syarikat pemula Gaed (Global Analytics Energy Doctor).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >