Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma pendidikan manfaatkan sokongan Enterprise SG untuk menyerantau ke M'sia

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT pendidikan Kowabunga Global mengorak langkah mengembangkan sayap di Malaysia dengan membuka sebuah pejabat penjualan di Kuala Lumpur pada hujung tahun lalu.



Di tengah-tengah pandemik Covid-19, syarikat yang mengendalikan pusat jagaan pelajar itu telah membuat penyesuaian, serta memanfaatkan sokongan Enterprise Singapore (ESG) bagi proses pelesenan dan guaman untuk menapak di negara jiran itu.



Pengasas bersama syarikat itu, Encik Muhammad Taufiq Yahya, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkata rancangan untuk meluaskan perniagaan ke Malaysia telah dirancang sejak dua tahun lalu.



"Meskipun kami menghadapi kesukaran besar apabila Covid melanda, kami gembira dapat tahu bahawa sebahagian besar pembangunan perniagaan dan perundingan boleh diteruskan dalam talian.



"Dengan adanya rakan kerja di Malaysia, mereka membantu kami melaksanakan rancangan," ujar Encik Taufiq, 36 tahun.



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali berkuat kuasa di Malaysia, serta Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) antara Singapura dan Malaysia yang kini digantung, telah menimbulkan gangguan tetapi Encik Taufiq menjangkakan projeknya akan tetap berjalan mengikut jadual.



Syarikat tersebut merupakan antara 1,600 perusahaan di Singapura yang meneruskan usaha mengembangkan sayap ke peringkat global dengan bantuan ESG tahun lalu, kata agensi tersebut semalam.



Kowabunga Global diasaskan Encik Taufiq dan isterinya Cik Nur Suliani Mohd Noor sekitar 15 tahun yang lalu.



Syarikat itu merupakan syarikat induk beberapa jenama pendidikan termasuk Kidz Treehouse Nature Campus, ForestPlay dan Junior Seekers.



Kowabunga kini memiliki 14 pusat jagaan pelajar, dengan sekitar 1,500 pelajar, serta anak syarikat yang menyediakan makanan sihat bagi kanak-kanak. Antara tumpuan syarikat itu adalah memupuk kesedaran tentang sekitaran dalam kalangan pelajar.



Syarikat itu juga telah diiktiraf dalam anugerah Brands for Good bagi usahanya untuk memberi kesan positif tahun lalu.



Bagi langkah selanjutnya, Kowabunga Global kini sedang mencari pemegang francais, dan berharap untuk berkembang di negara lain di Asia Tenggara.



"Dengan isu perubahan iklim semakin mendesak, kami harus mendidik seramai mungkin kanak-kanak di dunia mengenai kemampanan dan memastikan alam sekitar kita dilindungi.



"Kami percaya, dengan meluaskan perniagaan ke peringkat serantau dan kemudian global menerusi francais dan program bersama usahawan yang sehaluan, ini merupakan kaedah paling berkesan dalam mencetus perubahan yang diperlukan dalam dunia ini," kata Encik Taufiq.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >