Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma teknologi bekalan elektrik mahu luaskan sayap ke rantau

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT teknologi bekalan elektrik setempat, Diamond Energy Merchants Pte Ltd, akan mempergiatkan usaha peluasan ke rantau ini, memanfaatkan kekuatannya dalam teknologi yang dibangunkan sendiri.



Syarikat itu, yang juga merupakan antara 12 peruncit elektrik di Singapura, menempa nama selepas diletakkan dalam kedudukan tertinggi dalam kepuasan pengguna secara keseluruhan sebanyak dua kali dalam tinjauan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) tahun lalu.



Diasaskan oleh Encik Dallon Kay, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura, Diamond Energy juga diketuai dua karyawan Singapura iaitu mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Encik Zainul Abidin Rasheed sebagai pengerusi, dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Timur Tengah di Bahrain, Encik Suryono Darnor, sebagai penasihat kanan syarikat itu.



Sejak EMA melancarkan Pasaran Terbuka untuk Bekalan Elektrik (OEM) pada November 2018, Diamond Energy merupakan salah sebuah syarikat peruncit elektrik. Pelanggan boleh memilih 12 peruncit berdasarkan pelan harga yang menepati keperluan masing-masing.



Dalam tinjauan dijalankan terhadap lebih 7,000 isi rumah oleh EMA tahun lalu, Diamond Energy diletakkan dalam kedudukan tertinggi dari segi kepuasan keseluruhan.



Mengulas mengenai pasaran itu, Encik Kay berkata persaingan amat sengit kerana Diamond Energy kurang dikenali berbanding firma lebih besar yang lain tetapi terdapat ruang meningkatkan penguasaan pasaran.



"Saya menyifatkan Diamond Energy sebagai syarikat teknologi dalam bidang perbekalan memandangkan kekuatan kami dalam bidang teknologi yang kami bangunkan sendiri bagi menguruskan bekalan lebih baik. Kami juga ingin bangunkan aplikasi bijak,'' kata Encik Kay, dalam temu bual dengan Berita Harian (BH) di pejabat Diamond Energy di CleanTech Loop.



Syarikat itu ingin memasarkan pengetahuan dan teknologi di luar negara terutama di Malaysia, Indonesia dan Brunei setelah berjaya menjalankan projek bekalan elektrik di Vietnam dan Sharjah di Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Encik Zainul menyertai firma itu sebagai pengerusi kerana melihat peluang bagi firma tempatan meluaskan niaga ke luar negara dengan memanfaatkan rangkaian hubungannya.



"Saya juga melihat potensi bagi masyarakat kita menembusi pasaran baru dalam bidang bekalan tenaga,'' kata Encik Zainul. Bakat-bakat baru seperti jurutera sofwe dan juruprogram komputer akan terus diperlukan syarikat itu.



Encik Suryono sebelum ini pernah menjadi Ketua Pegawai Perwakilan di sebuah syarikat tenaga yang besar di rantau ini di Brunei dan pernah menjadi CEO CIMB Timur Tengah di Bahrain selama tujuh tahun.



"Setelah 17 tahun di luar negara, saya kembali ke Singapura kerana melihat potensi mengembangkan firma ini. Kami juga sedang berunding dengan beberapa pertubuhan Melayu/Islam bagi peluang kerjasama,'' katanya.




Laporan lanjut : Firma teknologi elektrik ingin tumbuh lebih kukuh di SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >