Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma teknologi elektrik ingin tumbuh lebih kukuh di SG

Diamond Energy capai kedudukan tertinggi dari segi kepuasan pelanggan dua kali dalam tinjauan EMA
Jan 16, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT tempatan Diamond Energy Merchants Pte Ltd terpaksa bersaing dengan nama-nama besar yang lebih terkenal, apabila ia terpilih menjadi salah satu daripada 12 peruncit elektrik di Singapura apabila pasaran itu dibuka tiga tahun lalu.



Ini kerana tidak ramai tahu mengenai syarikat itu.



Namun, Diamond Energy telah dua kali berjaya mencapai kedudukan tertinggi dari segi kepuasan pelanggan secara keseluruhan dalam tinjauan yang dijalankan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) tahun lalu.



Ia merupakan satu kepuasan bagi pengasas syarikat itu, Encik Dallon Kay, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura asal Canada.



Sedang Diamond Energy terus menambah bilangan pelanggannya di Singapura, Encik Kay menetapkan rancangan meluaskan perniagaan dengan lebih agresif ke negara serantau seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei tahun ini, setelah selesai dua projek di Vietnam dan Sharjah di Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Syarikat itu ingin menawarkan teknologi yang dibangunkan sendiri oleh pasukannya kepada pasaran bekalan di negara-negara luar.



Diamond Energy, yang dipengerusikan mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) Zainul Abidin Rasheed, telah mendapatkan seorang karyawan perbankan dan perbekalan, Encik Suryono Darnor, yang berpengalaman luas di luar negara, sebagai penasihat kanan syarikat itu.



Encik Kay menyifatkan Diamond Energy sebagai sebuah "syarikat teknologi dalam bidang perbekalan" dek kekuatannya dalam teknologi yang dibangunkannya sendiri.



Sebelum menjadi syarikat dalam Pasaran Terbuka bagi Bekalan Elektrik (OEM) di Singapura tiga tahun lalu, syarikat itu sudah pun menyediakan khidmat pengurusan perbekalan kepada syarikat berbilang negara (MNC) dan syarikat lain.



"Kami bermula dengan membantu MNC yang menggunakan bekalan besar cara menjimatkan bekalan dan mengurangkan dan mengoperasi bekalan mereka dengan lebih berkesan menggunakan teknologi yang kami bangunkan,'' ujar Encik Kay.



Teknologi demand response, atau respons permintaan, itu berupaya, antara lain, memberi kelonggaran dalam proses perkilangan agar apabila berlaku gangguan, ia dapat mengurangkan penggunaan perbekalan sementara bagi mengurangkan permintaan dan menjadikan permintaan dan bekalan seimbang.



Diamond Energy berharap dapat menebarkan sayap ke negara-negara lain dengan menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi.



Ini setelah mereka berjaya melaksana dua projek besar pemerintah Vietnam di ibu kota Ho Chi Minh dan kerajaan UAE di Sharjah.



Hasil projek menyediakan program pengurusan sistem tenaga menggunakan teknologi demand response di Ho Chi Minh City itu, yang disokong Penguasa Pengawalan Elektrik Vietnam dan dibiayai Bank Dunia, Diamond Energy diberi anugerah Projek Terbaik Tenaga Asia pada 2015.



Mengulas mengenai pasaran OEM itu, Encik Kay berkata persaingan amat sengit kerana Diamond Energy kurang dikenali berbanding syarikat-syarikat lain yang lebih besar, tetapi beliau melihat terdapat peluang besar untuk meningkatkan penguasaan pasaran mereka.



Menurut beliau, dari segi harga, Diamond Energy berada di tengah tetapi ia cuba memberi nilai kepada pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan lain, seperti potongan harga 20 peratus dan bantuan kecemasan di rumah.



Pakej bantuan kecemasan di rumah itu membolehkan pelanggan yang melanggani khidmat elektrik Diamond Energy mendapat perkhidmatan lain secara percuma, seperti pembaikan elektrik dan paip, khidmat menghapus serangga dan khidmat tukang kunci.



Mereka bekerjasama dengan pelbagai rakan syarikat lain, seperti UOB dan PropNex.



Menurut Encik Kay, perubahan pada pembekal runcit baru tidak akan menjejas bekalan elektrik.



"Satu kelebihan kami ialah kami menyediakan nilai kepada pelanggan selain teknologi kami sendiri. Kekuatan itu yang ingin kami bawa ke luar negara,'' ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >