Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fitrah terus bertahan walau dunia band tidak serancak dulu

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



LAGU pop rok moden, Akanku Lukiskan dan Bidadari, dendangan band Fitrah, kerap berkumandang di radio Ria 897 serta di stesen radio Sabah FM dan Mutiara FM (Pulau Pinang).



Di sebalik segala cabaran memperjuangkan muzik di persada seni Singapura, Fitrah, yang dianggotai vokalis dan gitaris Ferdows, gitaris Zulkarnaen, pemain dram Mamat dan pemain bes Joa, gigih berseni.



Ikuti wawancara bersama mereka.



SOALAN (S): Ceritakan bagaimana Fitrah ditubuhkan.



FERDOWS (F): Saya menubuhkan band ini pada 2017. Sebelum bergerak dengan band, saya pernah mencuba nasib dalam pertandingan Pesta Lagu Radio Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) dan menjadi finalis peraduan itu.



Dua lagu ciptaan saya pada 2012 terpilih bagi peraduan tersebut. Ia menjadi titik tolak bagi saya terus berkarya.



Pada 2017, Akanku Lukiskan di hasilkan disusuli dengan Bidadari pada 2020.



Kalau ditanya tentang nama Fitrah, saya memilihnya sebagai nama band kerana berasakan ia sesuai dengan kejujuran hati yang perlu ada ketika berseni dan kecenderungan saya menggubah lagu.



Rentak lagu Fitrah segar dan menyampaikan emosi semula jadi berkaitan dengan keredaan secara fizikal dan rohani.



S: Apakah cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan band ini?



F: Cabaran hadir sebagaimana ia turut menjejas band di peringkat sejagat. Pemuzik secara semula jadi akan melalui cabaran dan ujian berbeza disebabkan perubahan mengikut zaman.



Dengan kehadiran Internet, banyak manfaat yang diraih anak seni tetapi ada juga kesan negatifnya.



Kami sebagai band dapat mendekati lebih ramai pendengar menerusi media sosial dalam waktu yang singkat, berbanding dahulu. Dahulu zaman kaset dan rekod vinil. Justeru, makan masa nak disampaikan kepada pendengar kerana pemasaran dibuat secara fizikal.



Namun, dalam era teknologi canggih, band berdepan dengan persaingan mempertahankan bakat seni kami di samping perlu memahami trend semasa dan selera pendengar masa kini.



Masalah yang sering dihadapi anggota band Singapura adalah faktor masa dan komitmen sepenuhnya.



Ia juga punca mengapa banyak band di sini gagal dalam misi mereka dan tidak bertahan lama.



Pasaran muzik di Singapura tidak besar. Rata-rata, pemuzik di sini memiliki pekerjaan sepenuh masa yang tetap. Jadi akan ada hambatan berkarya.



Lantaran itu, kalau ingin ada band sendiri, pastikan pembahagian masa itu dititikberatkan.



S: Ceritakan tentang lagu 'Bidadari' yang diketengahkan dalam Carta Dasyat Giler.



F: Awalnya, Bidadari diberi tajuk Salah Aku Lagi. Ia menceritakan tentang insan yang memiliki rasa keakuan yang tinggi dan ego.



Ia kisah orang yang berasakan dirinya memiliki sesuatu yang istimewa berbanding orang lain dan suka dipuji. Ego begitu kuat sehingga menghancurkan cintanya.



S: Apakah yang dilakukan Fitrah agar kekal relevan?



F: Secara realiti, sebuah band perlu peka terhadap trend dan cita rasa pendengar masa kini. Usah berasa puas dalam industri hiburan di negara sendiri. Cuba tebarkan sayap ke seberang atau ke peringkat antarabangsa. Manfaatkan media sosial sebagai alat pemasaran berkesan. Jangan ikut-ikutan band lain.



S: Siapakah band idola anda?



F: Kami lebih dipengaruhi muzik pop rok alternatif. Lantaran itu, band Gigi, Padi, Search, U2, Muse dan Foo Fighters menjadi sumber inspirasi.



S: Apakah perancangan Fitrah buat tahun ini?



F: Kami ingin hasilkan single ketiga dengan menggunakan pendekatan menulis lirik berbeza. Pastinya ada kelainan mood berbanding single pertama dan kedua. Sebenarnya, kami terkilan melihat dunia band Singapura tidak serancak tahun 1970-an dan 1980-an di mana ada Sweet Charity, Lovehunters, Rusty Blade dan Kembara. Mungkin kerana wadah digital memberi pilihan luas buat pendengar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >