Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Gabungan sajian Korea dan Barat di satu kafe

Sep 23, 2018 | 05:30 AM



SAJIAN halal antarabangsa kini boleh didapati di serata negara ini.



Ia bertebaran bukan sekadar di kawasan Arab Street, malah di estet perumahan dengan pelbagai sajian antarabangsa yang memenuhi selera masyarakat Muslim setempat dan luar negara disediakan.



Salah sebuah daripadanya ialah kafe Two Hana yang menggabungkan sajian Korea dan Barat.



'Hana' bermakna 'satu' dalam bahasa Korea, maka 'Two Hana' bermaksud satu campur satu yang dikaitkan dengan dua budaya digabungkan menjadi satu.



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sajian Korea kian berkembang dan popular dalam kalangan penduduk setempat.



Kafe yang terletak di lantai satu Century Square di Tampines Central 5 itu sebenarnya disasarkan kepada mereka yang berusia antara 15 dengan 40 tahun.



Namun, sejak menerima sijil halal pada 7 September, ramai mereka yang berkeluarga dilihat menikmati sama sajian yang disediakan.



Dibuka dari 9 pagi hingga 10.30 malam pada hari biasa dan 8 pagi hingga 10.30 malam pada hujung minggu, hidangan yang disediakan turut menarik minat mereka yang gemar "bertukar-tukar kafe".



Antara yang disediakan termasuk chicken bulgogi bap ($14), haebi prawn seaweed aglio olio ($13), bulgogi chicken linguine ($13.50), Korean seafood ciopping with tofu ($12), kimchi mac and cheese ($9 dan Korean cauliflower fritters ($8).



Malah minumannya juga menggabungkan kedua-dua unsur Korea dan Barat seperti ice hojicha latte ($6) dan melona melon calpis float ($7).



Pengurus pemasaran Zingrill Holdings Pte Ltd, yang merupakan ibu syarikat Seoul Garden Group, Cik Katherine Kee, menyatakan apa yang lebih menarik ialah kafe tersebut direka khas agar dapat menampung pelbagai kumpulan pelanggan, tidak kira kumpulan kecil atau besar.



"Anda lihat setiap sudut kafe ini mempunyai rekaan berbeza.



"Mereka yang ingin melakukan kerja sendiri boleh berbuat demikian di sudut yang dilengkapi soket elektrik.



"Mereka yang datang secara berkumpulan boleh duduk di sudut yang boleh memuatkan empat atau lebih ramai pelanggan.



"Baru-baru ini ada sebuah kumpulan kakitangan korporat seramai 20 orang yang datang serentak pada sebelah pagi semata-mata untuk bermesyuarat sambil menjamu selera di sini," katanya.



Buat masa ini, respons yang diberi kepada kafe tersebut ternyata di luar dugaan.



Kunjungan wartawan ke sana menunjukkan ramai yang datang secara berkeluarga tanpa mengira masa.



"Kami lihat ada juga yang datang pada masa sarapan, terutamanya golongan yang sudah bersara yang hanya ingin duduk di sini sambil bersantai dan menjamu selera," kata Cik Kee.



Kafe tersebut boleh memuatkan sehingga 60 pelanggan pada satu-satu masa dan setiap syif mempunyai antara tujuh dengan lapan kakitangan.



Komen yang diberikan dalam media sosial menunjukkan ramai berpuas hati dengan sajian yang disediakan, meskipun terpaksa menunggu lama untuk menerima makanan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >