Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gara-gara orang JB murah hati, pengemis dapat RM300 sehari

Mar 18, 2018 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah memberi kepada golongan pengemis di bandar Johor Bahru (JB) apabila satu laporan akhbar setempat mendapati ada di antara mereka yang memperoleh pendapatan sekitar RM300 ($100.97) setiap hari dan sehingga RM10,000 sebulan.



Satu laporan akhbar New Straits Times yang memetik seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru berkata kemurahan hati penduduk bandar raya itu membolehkan pengemis memperoleh pendapatan sebanyak itu.



"Kami berharap orang ramai tidak akan mudah memberi kepada pengemis kerana ini hanya akan menggalakkan mereka memilih cara mudah mendapatkan wang dan meneruskan kegiatan mereka," kata Cik Normawarni Mahat, pegawai JKM Johor Bahru.



Dengan potensi pendapatan tinggi daripada kegiatan tersebut, pengemis di JB bijak mengatur langkah bagi mengelak tindakan JKM dengan sering mengalih "lokasi perniagaan" atau waktu mereka keluar mengemis.



Namun, menurut Cik Normawarni, tempat tumpuan kumpulan itu biasanya berhampiran lampu isyarat di simpang yang sibuk.



"Mereka menjalankan aktiviti mereka dekat lampu isyarat kerana mereka dapat memperoleh lebih banyak wang (sementara lampu merah) dan lebih mudah bagi mereka melarikan diri apabila mereka melihat kenderaan penguatkuasaan (yang tidak sempat menahan mereka disebabkan kesesakan)," kata beliau.



Cik Normawarni berkata ramai pengemis yang ditahan memperoleh pendapatan sehingga RM300 sehari.



Menurut beliau lagi, antara pengemis yang ditahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini termasuk dua wanita Rohingya berusia 30-an tahun, empat kanak-kanak berumur antara enam bulan dengan tiga tahun, dan seorang lelaki cacat dari Vietnam.



Cik Normawarni menambah, JKM turut menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 50 dengan 60 tahun.



"Ketiga-tiga lelaki Malaysia itu pernah ditahan dan didakwa di bawah Akta Orang Kurang Upaya 1977 pada 2016.



"Pada masa itu, mereka dibebaskan dengan amaran supaya tidak melakukan kesalahan serupa.



"Namun, selepas ditangkap mengemis berulang kali selepas itu, mereka dihantar ke rumah kebajikan tahun lalu untuk menjalani pemulihan," kata beliau lagi.



Menurut laporan NST itu lagi, siasatan yang dijalankan mendapati bahawa pengemis didorong menjalankan aktiviti tersebut akibat masalah kewangan, pengangguran dan ketagihan alkohol atau dadah.



"Orang ramai yang ingin melaporkan kegiatan mengemis di daerah Johor Baru boleh menghubungi pejabat Kebajikan Masyarakat Johor Baru di talian 07-2232 606 atau Talian Nur pada 15999," ujar Cik Normawarni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >