Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Garisan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Garisan

Jan 14, 2014 | 02:07 PM

Bangkit daripada mimpi ngeri semalam
tamadun itu aku bina kembali
dalam rangkak payah
bangun berdiri menguatkan kaki
genta purba itu masih bergemerincing
dentingnya denting semangat
gemanya melaungkan jiwa
kabut itu aku terjah
desah bukan mengalah
itu amarah.

Langit itu saksi
awannya menebarkan janji
kilat menjilat tekad
gemuruh itu dentum perang
laungannya membelah bumi
air mata bukan sedih
tapi hujan bengis
ini bukan laman kasih sayang
ini padang perang
batasnya kecundang
bukan hidup atau mati
cuma antara dua garisan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3