Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Anda pergi selepas buat kami ketawa

Gaya Hidup
31
3

HIBURAN

Anda pergi selepas buat kami ketawa

Feb 07, 2021 | 05:30 AM

Mereka penghibur yang sering membuat kita tersenyum dan ketawa, walaupun mungkin sebahagian besar daripada kita tidak pernah bertemu muka. Justeru berita pemergian pelawak terkenal sering meninggalkan kesan mendalam, apatah lagi jika gelagat dan bahan lelucon mereka pernah menjadi modal untuk kita bergurau, menjadi memori penenang hidup di kala sendirian. Dalam dua bulan pertama 2021 ini sahaja, kita telah kehilangan dua pelawak kesayangan ramai - dari Singapura, Allahyarham Zainal Ihim yang meninggal dunia pada 18 Januari pada usia 62 tahun dan dari Malaysia, pelawak veteran Datuk Jamali Shadat (kanan) yang meninggal dunia pada 3 Januari pada usia 78 tahun. Sementara Zainal disifatkan pelawak yang mampu mewarnai apa saja watak yang diberikan dengan gaya selamba, Jamali Shadat pula diingati kerana kemampuannya bercerita dengan melahirkan bermacam watak hanya menerusi suara. Suara popular yang sinonim dengan namanya ialah Atan. Beliau adalah satu-satunya pelawak Melayu yang telah menghasilkan rakaman piring hitam dengan cerita-cerita komedi hanya menggunakan suara, dengan pelawak undangannya, Hamid Gurkha. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Siapakah lagi pelawak-pelawak lagenda yang masih meninggalkan kesan mendalam pada dunia hiburan Melayu serantau biarpun sudah lama meninggalkan kita? Ikuti laporan HANIM MOHD SALEH (hanim@sph.com.sg).

Pok-pok Bujang Lapok

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3