Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelembung perjalanan SG-HK ditangguh di bawah parameter jelas

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



KEPUTUSAN bersama menunda gelembung perjalanan udara (ATB) antara Singapura dan Hong Kong dibuat berdasarkan "parameter jelas" yang telah dipersetujui di bawah perjanjian dua pihak itu, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.



ATB itu, yang pertama di dunia, sepatutnya bermula kelmarin tetapi ditangguhkan selama dua minggu disebabkan peningkatan kes Covid-19 di Hong Kong.



Ditanya mengenai penundaan itu dalam sidang media maya bagi membentangkan perangkaan ekonomi suku ketiga Singapura, Encik Chan berkata syarat-syarat itu dibentangkan semasa rundingan perjanjian tersebut.



"Kedua-dua pihak memutuskan perjanjian pantas bahawa jika keadaan berubah, kita akan buat keputusan,'' katanya.



Di bawah perjanjian itu, gelembung perjalanan udara akan ditunda dan notis dua hari akan diberi jika purata tujuh hari kes tidak berkaitan Covid-19 di Singapura atau Hong Kong melebihi lima.



Pada pagi Sabtu lalu, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengumumkan bahawa gelembung perjalanan itu akan diteruskan kelmarin tetapi dengan syarat tambahan bahawa pelawat dari Hong Kong akan mengambil ujian Covid-19 apabila sampai di sini.



Namun, satu pengumuman kemudian dibuat menyatakan ia akan ditunda selama dua minggu.



Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung membuat pengumuman di Facebook Sabtu tengah hari bahawa pelancarannya akan diumumkan pada tarikh lebih lewat.



Dalam pos Facebook yang dimuat naik pada 5 petang Sabtu itu, Encik Ong berkata beliau dan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, Encik Edward Yau, bersetuju lebih baik menangguhkan pelancaran itu memandang keadaan di Hong Kong sedang berubah-ubah.



Di bawah ATB itu, pelawat dari Singapura dan Hong Kong boleh berkunjung ke bandar satu sama lain untuk tujuan riadah. Ia ATB pertama bagi negara ini sejak sekatan sempadan dikenakan ekoran pandemik Covid-19.



Di bawah aturan itu, pelawat perlu mengambil penerbangan yang disediakan khusus oleh syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific, tidak perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau kuarantin, dan tiada jadual lawatan terkawal.



Buat permulaan, satu penerbangan sehari akan diadakan ke setiap bandar, dengan kuota 200 pelawat setiap penerbangan.




KES COVID-19 DI SG - 23 NOV



JUMLAH KES BARU: 5



DALAM MASYARAKAT: 0



DI DORMITORI: 0



IMPORT: 5



JUMLAH KEMATIAN: 28



JUMLAH KESELURUHAN: 58,165 (hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >