Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Geran bantuan baru bagi golongan terjejas Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Geran bantuan baru bagi golongan terjejas Covid-19

Pekerja bergaji rendah, pertengahan serta mereka yang bekerja sendiri boleh mohon geran sehingga $500-$700 sebulan
Dec 17, 2020 | 05:30 AM

PEKERJA bergaji rendah hingga pertengahan serta mereka yang bekerja sendiri, yang masih terjejas secara kewangan oleh Covid-19 boleh memohon bantuan di bawah satu geran baru.

Mereka boleh memohon untuk Geran Pemulihan Covid-19 (CRG), mulai 18 Januari, menurut satu kenyataan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam.

Golongan yang menganggur kerana diberhentikan kerja atau pembatalan kontrak secara tidak sukarela serta dikenakan cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut, boleh menerima sokongan kewangan sehingga $700 sebulan - selama tiga bulan.

Pekerja yang mengalami kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya secara purata 50 peratus, selama sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut, boleh menerima sehingga $500 sebulan selama tiga bulan.

Bantuan tersebut juga boleh diterima oleh golongan bekerja sendiri, yang kehilangan pendapatan dagangan bersih (NTI) sebanyak sekurang-kurangnya 50 peratus selama sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut, berbanding NTI bulanan purata pada 2019 atau 2020.

MSF berkata untuk layak menerima bantuan terkini itu, kehilangan pekerjaan atau pendapatan dan cuti tanpa gaji tanpa sukarela yang dikenakan ke atas individu, perlu berlaku selepas 23 Januari 2020 - apabila kes jangkitan Covid-19 pertama dikesan di Singapura - dan harus terus mengalami keadaan itu semasa permohonan dibuat.

Sebelum ini, warga yang terjejas oleh Covid-19 telah dibantu menerusi Geran Sokongan Covid-19 (CSG) yang memberi sehingga $800 sebulan selama tiga bulan.

Geran tersebut merupakan antara pelbagai sokongan yang disediakan pemerintah menerusi Belanjawan tahun ini untuk membantu warga yang terjejas oleh Covid-19.

Skim lain termasuk Dana Bantuan Sementara dan Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS).

Di samping itu, Majlis Pekerjaan Nasional (NJC) telah bekerja rapat dengan rakan tiga pihak bagi mewujudkan antara lain, peluang latihan dan pekerjaan di bawah Pakej SGUnited Pekerjaan dan Kemahiran.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata 2020 merupakan tahun mencabar untuk ramai warga.

"Sementara kita telah bekerja keras untuk menyokong ramai menempuh krisis luar biasa ini, kesan ekonomi Covid-19 mungkin akan terasa untuk sementara waktu yang mendatang.

"Kami akan terus menyediakan sokongan disasarkan bagi mereka yang paling memerlukan," ujar beliau dalam satu pos Facebook semalam.

Tambah Encik Masagos, CRG adalah sebahagian skim bantuan yang diperkenalkan pemerintah bagi menyokong warga Singapura mengharungi krisis ini.

Berdasarkan kriteria kelayakan, geran baru itu bermatlamat menolong keluarga berpendapatan lebih rendah serta mereka yang mengalami kehilangan pendapatan lebih signifikan.

Pemohon perlu mempunyai pendapatan isi rumah bulanan kasar $7,800 atau kurang; atau pendapatan per kapita bulanan bernilai $2,600 atau kurang, sebelum terjejas oleh Covid-19.

Para individu boleh memohon untuk CRG secara dalam talian menerusi laman go.gov.sg/CRG. Tarikh permohonan ditutup pada 31 Disember tahun depan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berkata hampir 200,000 individu bekerja sendiri telah meraih manfaat daripada SIRS, dengan sekitar $1.8 bilion dibayar antara April dengan Disember tahun ini.


Laporan lanjut:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3