Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran, inovasi perboleh niaga nasi padang buka cawangan walau kurang pekerja

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



TERDORONG mengembangkan perniagaan keluarganya, pemilik generasi kedua perniagaan Istimewa Nasi Padang, Encik Abdul Hadi Kamarolzaman, tidak gentar mendakap pendigitalan untuk meningkatkan daya penghasilannya.



Langkah itu ternyata berbaloi kerana ia memudahkan perniagaan itu berkembang.



Selepas ibu bapanya membuka cawangan pertama perniagaan itu di Hoyy Fat Road, dekat Bukit Merah pada 1990-an, beliau membuka cawangan kedua di Clementi Disember tahun lalu.



Dengan mendapatkan bantuan Pusat SME@Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Hadi mendapat gambaran lebih jelas mengenai apa yang perlu dilakukannya untuk mencapai potensi maksimum perniagaan keluarga itu.



Memandangkan ada pelbagai geran pemerintah yang ditawarkan bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura, Encik Hadi berkata beliau tidak pasti geran yang sesuai untuk keperluannya.



"Apabila saya mendapat bimbingan daripada perunding di Pusat SME@DPPMS, saya amat berterima kasih kerana beliau memberi saya huraian sesuai bagi meningkatkan produktiviti perniagaan ini," kata Encik Hadi, 42 tahun.



Menurut Encik Hadi, beliau sebenarnya merancang membuka cawangan kedua Nasi Padang Istimewa namun tidak pasti cara melakukannya tanpa sumber kakitangan mencukupi.



Dengan bimbingan perunding di Pusat SME@DPPMS, beliau mendapatkan Geran Huraian Produktiviti (PSG) yang membolehkannya mendakap pendigitalan dan automasi dan membeli dua ketuhar gabungan bagi memasak pelbagai lauk, seperti rendang, ayam masak cili padi dan sayur-sayuran.



Geran itu membiayai 80 peratus kos ketuhar baru itu.



Dalam perbahasan belanjawan bagi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam, kementerian itu mengumumkan tahap sokongan maksimum PSG sehingga 80 peratus akan dilanjutkan selama enam bulan hingga 31 Mac 2022 bagi menggalak lebih banyak SME merombak perniagaan mereka.



Encik Hadi turut menghasilkan menu digital dan membangunkan wadah dalam talian bagi pelanggan menempah makanan dalam talian.



Namun, Encik Hadi berkata tidak mudah meyakinkan ibu bapanya supaya menukar cara tradisional mereka berniaga.



"Saya banyak bekerja bersama cef untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk memahami cara hidangan mereka boleh dimasak menggunakan kaedah moden.



"Apabila mereka mencuba rasanya, lebih sedap daripada lauk yang dimasak cara biasa. Dengan ketuhar gabungan itu, cara masak senang saja, hanya perlu menekan butang dan kami dapat memasak bermacam-macam lauk serentak.



"Masakan kami pun lebih konsisten setiap hari," ujar Encik Hadi.



Melihat potensi perniagaan terus berkembang, beliau berharap dapat menggunakan sistem sama di cawangan lain dalam masa akan datang.



Cawangannya di Hoyy Fat Road pula menggunakan ketuhar gabungan untuk memasak hampir 60 peratus makanan yang dihidang setiap hari.



"Jika terdapat lebih banyak permintaan di kawasan tertentu, kami berharap untuk membuka cawangan lain dan membuka dapur pusat.



"Selain itu, jika ada rezeki, dengan menggunakan dapur pusat itu, kami berharap dapat menawarkan khidmat katering besar-besaran," kata Encik Hadi, yang merancang membuka satu lagi cawangan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >