Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gigih bawa kerja seni ke 'Dunia Digital'

Namun penggubah/penyanyi Reyza Hamizan cetuskan kemungkinan projek terkininya juga yang terakhir
Dec 19, 2020 | 05:30 AM



PENGGUBAH lagu dan penyanyi Reyza Hamizan, yang dikenali kerana banyak menghasilkan runut bunyi drama di sini dan seberang Tambak, kini gigih mengalihkan kerja seninya dalam format digital.



Sejak pulang ke Singapura beberapa bulan lalu selepas pandemik Covid-19 melanda dan studio muzik serta jamming 6 Strings Studio di Taman Connaught sekitar Cheras di Kuala Lumpur tidak dapat beroperasi, projek digital tumpuannya.



Maka terhasillah program penstriman langsung dua bahagian yang dipanggil Dunia Digital.



Bahagian pertama program yang disokong Majlis Seni Kebangsaan (NAC) ini akan distrim mulai 9.30 malam ini menerusi beberapa laman Facebook - 6 Strings Studio, NAC, peminat Reyza Hamizan dan akaun peribadi Riza Hamizan (Reyza Hamizan).



Bahagian kedua akan disiarkan pada 9.30 malam pada 26 Disember.



Reyza diiringi pemuzik Addy Cradle, Ray Guang, Aidil Akmal, Shamil Haniff, Shawal Ziyad dan Azlan Wahid.



Sebanyak 15 lagu runut bunyi drama dan rancangan televisyen ciptaannya, yang sebahagiannya didendangkan artis lain, akan disajikan.



Muzik lagu Bingit, Saga, Rima, Di Balik Mata, Bisik, Helah, Sang Pencinta, Infiniti, Pelita Dunia, Akur, Runcit, 7 Hari, Boneka dan Dalam Diam itu disusun semula dan didendangkan Reyza sendiri.



Dunia Digital pula dijadikan lagu tema rancangan dalam talian ini.



Ketika dihubungi, Reyza, 31 tahun, berkata: "Saya sebenarnya meraih inspirasi menghasilkan rancangan ini apabila melihat usaha 'sifu' legenda Datuk M. Nasir menyanyikan kembali lagu-lagu yang beliau terbitkan buat artis di bawah naungannya.



"Namun, saya berdepan cabaran dari segi penyusunan muzik. Saya harus menyusun kembali lagu-lagu yang dipilih bagi menonjolkan kekuatan saya sebagai penyanyi.



"Lagu-lagu yang dipilih terdiri daripada genre muzik berbeza, seperti pop, R&B, balada, rok dan bosanova. Saya bertungkus-lumus membuat latihan vokal di rumah bagi mempertingkat mutu persembahan.



"Latihan fizikal juga tidak dilupakan bagi memperbaiki imej saya yang dimamah usia. Alhamdulillah, saya dapat turunkan berat badan daripada 73 kilogram tahun lalu kepada 64 kilogram sekarang."



Kerana menghasilkan semula lagu itu jauh dari studionya di Cheras, beliau terpaksa melaksanakan tugasan secara digital apabila berurusan dengan pekerjanya di Malaysia, mahupun di sini.



Hampir setiap hari, sesi Zoom diadakan agar pekerjaannya lancar bagi membereskan lagu-lagu secara digital.



"Hasil proses ini, saya menyedari kita sebenarnya boleh bikin lagu tanpa keluar rumah.



"Saya juga belajar memuat naik lagu-lagu ke wadah digital seperti Spotify dan Apple Music. Lagu-lagu yang dipersembah dalam rancangan Dunia Digital ini akan dimuat naik ke wadah digital buat peminat.



"Saya juga belajar tentang penstriman langsung, malah meyakini besar kemungkinan persada muzik Singapura akan lebih bersemarak dalam dunia digital kelak hasil inovasi yang diusahakan sewaktu pandemik Covid-19," ujarnya.



Dalam pada itu, terbetik tanda tanya apabila Reyza dalam e-mel awalnya menyatakan projek digital ini mungkin adalah percubaan terakhirnya dalam perjalanan seni.



Ditanya mengenai perkara ini, beliau berkata:



"2020 adalah tahun yang benar-benar membuka mata saya pada kehidupan realiti sebagai pemuzik dan seniman.



"Setelah saya membaca tentang pekerjaan seniman dikategorikan sebagai 'tidak penting' dalam sebuah rencana, saya hilang arah seketika.



"Dahlah tak dapat pulang ke Kuala Lumpur bagi menggerakkan studio saya seperti biasa, kini pekerjaan saya pula disenaraikan sebagai tidak penting.



"Saya banyak mengumpul duit bagi mempromosikan lagu baru yang digabungkan dalam album kedua Sang Pencipta. Namun, duit itu digunakan bagi membayar sewa studio yang masih bergerak walaupun tidak dapat beroperasi kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Malaysia kini."



Beliau akur hampir berputus asa setelah tiga tahun membangun studionya itu dengan wang dan titik peluh sendiri.



Berbekalkan Geran Persembahan Digital yang diterimanya daripada NAC pada Oktober, Reyza menghasilkan projek Dunia Digital bagi mencurahkan isi hatinya dan bersyukur NAC menyokong perjalanan seninya.



"Pandemik Covid-19 membuatkan saya sedar bahawa keluarga itulah anugerah terbesar di dunia ini. Pada waktu susah sebegini, saya bersyukur masih ada keluarga dan rumah tempat berteduh.



"Mungkin itulah hikmah-Nya sebab saya banyak berkorban mencari rezeki di Kuala Lumpur dan meninggalkan ibu ayah yang berusia di Singapura.



"Doa ibu ayah agar saya bertahan dalam bidang seni amat saya hargai. Mungkin inilah masa saya membalas jasa mereka dengan cara lain, bukan dengan muzik.



"Dalam tempoh ini juga, saya lebih dekat dengan amalan gaya hidup sihat dari segi senaman dan pemakanan.



"Harapan saya agar dunia kembali seperti sebelum Covid-19 melanda.



"Selagi masih mampu dan api semangat tak terpadam, saya akan terus berkarya, mungkin kurang menyanyi tetapi aktif menghasilkan lagu buat orang lain, mungkin menjual lagu saya kepada artis Malaysia.



"Saya juga ingin mencari pekerjaan tetap bagi membolehkan saya membayar sewa studio dan gaji pekerja di Kuala Lumpur," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >