Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Google 'sepadu' akaun bank, kredit dalam aplikasi Google Pay

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Google berkata ia akan bekerjasama dengan bank komersial dan kesatuan kredit mulai tahun depan untuk membolehkan pengguna menguruskan akaun berasaskan mudah alih melalui wadah Google Pay, dalam langkah terbaru oleh syarikat teknologi ke arah kewangan pengguna.



"Orang ramai melakukan hampir semua perkara di telefon mereka hari ini, tetapi bagi ramai orang, cara mereka menyimpan, membayar dan berinteraksi dengan bank mereka tetap tidak berubah," kata naib presiden Google Payments, Encik Caesar Sengupta.



"Itulah sebabnya kami bekerjasama dengan institusi kewangan yang dipercayai untuk mencipta Plex, akaun bank mudah alih terdahulu baru yang disepadukan ke dalam Google Pay."



Akaun Plex untuk pengguna Amerika Syarikat akan ditawarkan tanpa bayaran bulanan, caj overdraf atau syarat baki minimum, menurut Google, yang berkata 11 bank dan kesatuan kredit mengambil bahagian.



Google pada masa yang sama berkata ia sedang mengemas kini aplikasi Google Pay untuk membantu pengguna mengatur pembayaran dengan lebih baik kepada individu dan perniagaan.



"Daripada menunjukkan setimbun kad atau senarai transaksi yang panjang, aplikasi Google Pay baru ini memberi tumpuan kepada rakan-rakan dan perniagaan yang sering berurus niaga dengan anda," kata Encik Sengupta.



Inisiatif ini diumumkan sedang syarikat teknologi besar melangkah lebih jauh ke dalam kewangan peribadi dengan pembayaran orang-ke-orang dan kad kredit berjenama bersama.



Apple baru-baru ini melancarkan kad kredit berjenamanya sendiri dengan Goldman Sachs yang disepadukan ke dalam aplikasi Apple Pay.



Amazon, yang mempunyai kad kredit berjenamanya sendiri, telah membincangkan untuk menawarkan akaun cek sendiri tetapi tidak melanjutkan rancangan itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >