Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Gurindam Guru Dan Murid

May 29, 2022 | 05:53 AM



(Sempena Hari Guru)



Tugas guru menyampaikan ilmu

Murid menuntut janganlah jemu



Guru mengajar dengan ikhlas

murid belajar janganlah malas



Wahai guru usah mengherdik

bimbang muridmu tidak cerdik



Guru mengajar penuh berhemah

menunjuk ajar murid yang lemah



Guru mendidik penuh dedikasi

kepada muridnya ilmu dikongsi



Guru berilmu guru budiman

murid dianggap bagaikan teman



Guru banyak berkorban masa

inginkan murid ilmu diperkasa



Wahai murid harapan bangsa

nasihat guru dengarlah sentiasa



Murid pintar sentiasa berusaha

tunjuk ajar guru jangan dipersia



Murid bijak sentiasa berdikari

guru prihatin amat sukar dicari



Wahai murid jagalah adab

kepada guru usahlah biadab



Wahai murid hati-hati memilih kawan

pesan guru usah sekali-kali dilawan



HAMDAN NAIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >