Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HAPPY WALKER

Kasut diabetik bagi pesakit kencing manis

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



KAKI anda berfungsi sebagai asas bagi seluruh tubuh dan memberi sokongan, keseimbangan, postur dan kesejahteraan keseluruhan.



Justeru, memilih kasut yang bersesuaian dengan kaki anda sangat digalakkan demi kesihatan kaki anda.



Ini kerana, apabila anda memilih kasut yang tidak bersesuaian dengan kaki anda, ia boleh menimbulkan masalah kaki yang berterusan seperti sakit kaki dan sakit di bahagian lutut dan otot.



Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit di bahagian pinggul dan bahagian bawah tulang belakang kerana pinggul yang tidak seimbang serta rasa sakit di bahagian leher kerana ketidakseimbangan di bahagian bahu.



Memilih kasut yang bersesuaian dengan kaki anda lebih penting bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis.



Ini kerana luka atau melecet kecil di bahagian kaki pun boleh melarat dan menyebabkan ulser kaki jika pesakit kencing manis tidak menjaga kaki mereka.



Demikian yang dikongsi pengarah dan pengasas syarikat kasut penjagaan kesihatan, Happy Walker, Encik Teo Shu Tong, tentang peri pentingnya memilih kasut yang bersesuaian dengan kaki anda.



Lantas, keistimewaan jenama Happy Walker ialah ia menawarkan kasut dengan lapik dalam kasut yang disesuaikan dengan tapak kaki melalui prinsip biomekanik.



Happy Walker Custom Biomechanical Arch Support (CBAS) atau Sokongan Lengkungan Biomekanikal yang Disesuaikan Happy Walker tercipta, hasil daripada pengaruh teknologi dari Jerman melebihi 80 tahun lalu, yang kemudian diperbaiki oleh Amerika Syarikat.



Dengan lapik dalam kasut yang disesuaikan ini, anda boleh memperbaiki cara anda berjalan, mengurangkan tekanan pada lutut anda dan menyelesaikan masalah sakit tulang belakang.



Dalam pada itu, jenama Happy Walker menawarkan kasut bersesuaian yang dipanggil kasut diabetik bagi pesakit kencing manis, kata Encik Teo.



"Mereka yang mengalami masalah kencing manis mesti memakai kasut yang ringan, mempunyai bahagian tapak kaki yang stabil dan bahagian depan kaki yang lebar.



"Kasutnya juga mesti jenis 'anti-slip' supaya tidak senang tergelincir. Happy Walker mempunyai ciri-ciri kasut tersebut," kata Encik Teo.



Jenama Happy Walker menawarkan pelbagai jenis kasut dari kasut sukan, kasut kulit dan juga kasut bertumit tinggi dengan ketinggian tumit satu inci buat kaum Hawa.



Lantaran itu, apa kata anda memakai kasut yang selesa dan baik untuk kesihatan kaki anda menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, ujar beliau.



Lapik dalam yang disesuaikan dengan tapak kaki Happy Walker dihasilkan menurut ukuran kaki pelanggan dengan teknologi terperinci.



Daripada menggunakan cara tradisional melalui acuan simen, teknologi terkini seperti pengimbas laser tiga dimensi (3D) digunakan untuk mengesan kontur terperinci setiap kaki dan mendapatkan data paling tepat.



Happy Walker menggunakan rekaan dengan bantuan komputer (CAD) dan sofwe pemodelan bagi penghasilan dengan bantuan komputer (CAM) untuk mereka setiap pasang lapik dalam kasut.



Data itu kemudian dimasukkan dalam mesin nombor komputer (CNC) yang menghasilkan lapik dalam kasut yang bermutu tinggi dan tepat.



Syarikat Happy Walker telah ditubuhkan oleh Encik Teo sejak 14 tahun lalu pada 2007.




PROMOSI ISTIMEWA BUAT PEMBACA BERITA HARIAN



Pembaca Berita Harian boleh menikmati harga diskaun $100 untuk model kasut wanita tertentu.



Kasut diabetik khusus buat mereka yang mengalami masalah kencing manis berharga $99, manakala beli sepasang kasut sukan pertama pada harga $139 dan sepasang kasut sukan kedua pada harga mulai $100.



Anda boleh menikmati promosi istimewa ini kini hingga 16 Mei ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >