SEHARI selepas beliau menerima kejutan dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33, Haqiem Rusli, dirundung bimbang apabila bapanya dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.
Berita Harian Malaysia melaporkan bapa Haqiem, Rusli Abdul Manaf, 64 tahun, berada dalam keadaan stabil kini.