Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID MALABAR

Harap dana demi pembangunan, kegiatan

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



SEPERTI masjid-masjid yang lain, Masjid Malabar juga merupakan ejen penyatuan yang berfungsi menyatupadukan umat Islam.



Oleh itu, Masjid Malabar terus memperkukuh pengimarahan masjid daripada sudut pembangunan yang akan menarik lebih ramai jemaah.



Pengerusi Masjid Malabar, Haji Osman Abdullah, mengemukakan tentang usaha Masjid Malabar dalam memakmurkan pembangunan yang penuh sejarah ini.



Kata beliau: "Masjid Malabar sedang giat mengumpulkan dana yang masih kurang sebanyak $1.5 juta.



"Sememangnya, pihak masjid berusaha keras untuk memastikan jemaah dapat menikmati pelbagai kemudahan dan keindahan di Masjid Malabar."



Penambahbaikan ini termasuklah naik taraf bilik darjah, tempat solat, pejabat baru dan lain-lain.



Tumpuan juga diberikan dalam usaha mengekalkan identiti sebagai masjid biru dalam kawasan Victoria Street.



"Namun setakat ini, dana masih belum mencukupi untuk menampung kerja-kerja pembangunan yang masih belum selesai.



"Dengan itu, masjid merayu agar masyarakat Islam menghulurkan sumbangan bagi mencukupkan dana yang masih kurang supaya kerja-kerja naik taraf dapat disiapkan seperti yang telah dijadualkan demi keselesaan jemaah," ujar Haji Osman.



Berikutan kerja-kerja penambahbaikan yang masih berlangsung, maka masjid tidak beroperasi bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja tersebut.



Covid-19, kata Haji Osman, telah menjejas pergerakan jemaah dan mengubah aliran pembelajaran manusia di seluruh negara.



Bagaimanapun, perkara ini bukanlah satu masalah, sebaliknya ia dianggap sebagai satu anjakan paradigma untuk masyarakat beralih kepada program dalam talian, kata Haji Osman.



Semua aktiviti berjalan mengikut ketetapan jadual yang disediakan.



Sebenarnya, langkah peralihan ini dianggap paling baik untuk berhubung dengan jemaah dalam musim pandemik, sekali gus menyediakan program kerohanian buat mereka.



Jemaah boleh mengakses program keagamaan seperti zikir, tahlil, ceramah dan khutbah Jumaat yang diadakan melalui interaksi jarak jauh.




CARA MENYUMBANG



– Bagi sumbangan wang tunai secara langsung boleh menghubungi Imam Shafeeque atau Imam Ismail di talian 6294-3862.



– Para penderma yang ingin melakukan transaksi perbankan pula boleh membuat pemindahan wang ke akaun Masjid Malabar, menerusi nombor akaun 581-227204-001 (OCBC).



– Untuk sumbangan melalui cek, pesanan pos atau draf bank, sila hantarkan kepada alamat berikut iaitu Masjid Malabar, 471 Victoria Street S (198370).



– Orang ramai juga boleh menggunakan PayNow: UEN S29MQ0053L atau kod SGQR yang disediakan.



– Lungsuri http://www.malabar.org.sg atau lawati Facebook atau Instagram Masjid Malabar untuk mengikuti perkembangan lanjut

 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >