Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga elektrik mungkin kekal tinggi dalam jangka pendek: Pengamat

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) bagi melindungi keselamatan bekalan elektrik dan bahan api di Singapura dijangka tidak akan mengurangkan harga elektrik di sini dengan segera, kata para pengamat.



Ini kerana langkah itu, yang meliputi pembentukan kemudahan bahan api tambahan, akan melibatkan pembelian gas asli pada harga semasa yang sedang melonjak tinggi.



"Membeli gas asli cecair (LNG) pada harga semasa bermakna membayar pada harga rekod yang tinggi," kata pakar ekonomi OCBC Encik Howie Lee.



Lebih 95 peratus bekalan elektrik Singapura dijana hasil pembakaran gas asli - bahan api yang bekalannya tidak mencukupi di dunia.



"Meskipun tidak semua kenaikan harga itu akan dialihkan kepada pengguna, sebahagian besar dijangka ditanggung oleh pengguna sehingga harga gas menjadi normal.



"Oleh itu, saya jangkakan tarif elektrik akan kekal tinggi sekurang-kurangnya sehingga separuh kedua tahun depan," jelas beliau, yang ditukil The Straits Times (ST).



Kelmarin, EMA menyatakan ia sedang bekerja sama dengan firma-firma penyedia bekalan tenaga (gencos) untuk mendapatkan kontrak bahan api yang mencukupi agar sekurang-kurangnya dapat memenuhi permintaan pelanggan.



Syarikat-syarikat yang cuba menjual bekalan gas asli berlebihan telah diberitahu agar memberikan syarikat-syarikat pembekal tenaga terlebih dahulu jika mereka perlu sebelum menjualnya ke pihak lain.



EMA juga menambah firma-firma gencos akan diarah untuk menjana elektrik menggunakan bahan api dari kemudahan tambahan bagi memastikan kestabilan sistem.



"Langkah-langkah ini adalah luar biasa tetapi perlu bagi memastikan bekalan bahan api dan elektrik selamat," kata EMA.



Dalam jangka panjang, langkah EMA itu akan mengurangkan ketidaktentuan harga gas, kata Encik Lee.



SEBAB HARGA ELEKTRIK TINGGI



Harga borong elektrik semasa kekal tinggi dan tidak menentu bagi tempoh yang agak lama sejak beberapa minggu lalu.



Antara sebabnya ialah kerana kenaikan harga LNG disebabkan permintaan elektrik lebih tinggi dan pengurangan bekalan gas asli melalui saluran paip di Indonesia, kata EMA.



Badan penguasa itu juga menyatakan terdapat risiko yang meningkat bekalan akan terganggu di Indonesia. Tambahan pula, gangguan iklim dan pemulihan kegiatan ekonomi akibat pandemik telah menjadikan ia lebih mahal bagi syarikat penjana kuasa tenaga mendapatkan LNG tambahan bagi mengimbangi kekurangan bekalan gas asli dari Indonesia.



Dengan ketidaktentuan dalam harga elektrik, pakar-pakar menyatakan langkah EMA itu adalah wajar demi kepentingan keselamatan negara.



Zamil penyelidik kanan dan pakar ekonomi bekalan tenaga di Institut Pengajian Tenaga Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr David Broadstock menyatakan langkah EMA itu akan mengambil masa untuk dilaksanakan sebelum wakil industri dapat menyesuaikan diri.



Sehingga ia berlaku, ia agak mencabar untuk menentukan bila faedahnya akan diraih dan lebih penting jika kenaikan harga elektrik tambahan dapat dielakkan dalam tempoh pendek ini, katanya.



Lebih 100,000 isi rumah di Singapura dijangka membayar kos bekalan tenaga lebih tinggi setelah tiga syarikat penyedia bekalan tenaga mengundur diri.



SYARIKAT PENYEDIA ELEKTRIK UNDUR DIRI



Tiga syarikat - Best Electricity, iSwitch Energy dan Ohm Energy telah mengumumkan keputusannya meninggalkan pasaran elektrik terbuka.



Mereka menukil sebab pasaran tidak menentu dan pelan harga yang tidak bertahan sebagai sebab keputusan mereka itu.



Syarikat Union Power menyatakan akan mengecilkan operasinya dengan menutup beberapa akaun runcit tetapi ia tidak akan meninggalkan pasaran elektrik terbuka Singapura.



Pasaran Elektrik Terbuka diperkenalkan EMA pada 2018 bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Sebelum itu, SP Group merupakan penyedia elektrik tunggal.



Ia tidak diketahui jika lebih banyak syarikat akan mengundurkan diri.



Kelmarin, EMA menyatakan ia akan terus memantau harga borong elektrik dan akan campur tangan, jika perlu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >