Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB naik lagi - bulan ke-17 berturut-turut

Dec 10, 2021 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat bulan lalu - bulan ke-17 berturut-turut - sebanyak 1.3 peratus daripada Oktober, menurut data awal daripada portal hartanah 99.co dan SRX semalam.



Harga flat jualan semula bulan lalu mencatat pertumbuhan bulanan tertinggi sejak Februari tahun ini, apabila ia naik 1.4 peratus, dan 13.8 peratus lebih tinggi daripada November 2020, menurut data itu.



Kenaikan harga berlaku dalam estet matang dan bukan matang, dan merentasi semua jenis flat.



Bulan lalu, 29 flat jualan semula HDB bertukar tangan pada harga sekurang-kurangnya $1 juta - bilangan tertinggi flat bernilai $1 juta dijual dalam sebulan - mengatasi rekod sebelumnya iaitu 26 unit pada Ogos.



Pasaran jualan semula HDB dijangka terus teguh hingga tahun depan



Flat paling mahal yang dijual bulan lepas ialah unit lima bilik Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) berharga $1.268 juta di City View @ Boon Keng.



Flat $1 juta sebanyak 29 itu membentuk 1.1 peratus daripada jumlah transaksi jualan semula bulan lalu. Dengan ini, sebanyak 223 flat sedemikian dijual sepanjang 11 bulan pertama tahun ini. Ini berbanding 82 flat sedemikian sepanjang tahun lalu.



Rekod tertinggi jualan semula flat sekurang-kurangnya $1 juta bulan lalu datang pada bulan sama dengan pelancaran projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH), yang mengenakan kriteria pemilikan rumah lebih ketat.



Ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berkata sekatan lebih ketat bagi flat Rochor BTO di bawah model PLH itu mungkin telah "menolak beberapa pembeli berpotensi daripada flat jenis ini ke pasaran jualan semula", sekali gus menyumbang kepada kenaikan urus niaga flat $1 juta.



Harga transaksi tertinggi dalam estet bukan matang ialah $970,000 bagi unit loft lima bilik di Treelodge @ Punggol, menurut data daripada 99.co dan SRX.



Sepanjang beberapa tahun lalu, hanya enam unit di Punggol dijual pada harga lebih $900,000.



Pengamat hartanah rata-rata menjangka prestasi teguh yang dilihat dalam pasaran jualan semula HDB berterusan hingga tahun depan, sebahagian besarnya didorong kebimbangan penangguhan lagi dalam pembinaan projek BTO disebabkan varian Omicron Covid-19.



Encik Mak berkata kemunculan Omicron menunjukkan bahawa pandemik Covid-19 akan mengambil masa lebih lama daripada dijangka untuk dihuraikan, yang mungkin meningkatkan lagi harga flat jualan semula HDB.



"Kenaikan harga flat jualan semula HDB disebabkan ketidakpadanan dalam bekalan dan permintaan, yang seterusnya disebabkan gangguan rantai bekalan dan kelewatan dalam industri pembinaan akibat pandemik itu," katanya dalam laporan The Straits Times.



"Melainkan penangguhan pembinaan flat BTO dapat diatasi, ketidakpadanan boleh menyebabkan harga flat jualan semula HDB meningkat sebanyak 7 peratus kepada 12 peratus pada 2022," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >