Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga hartanah privet SG naik dalam pandemik, ikut trend dunia

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



SEPERTI beberapa negara lain di seluruh dunia, Singapura menyaksikan harga perumahan privet meningkat meskipun di tengah-tengah pandemik.



Pada masa yang sama, data menunjukkan jurang antara pendapatan dan harga kondominium - yang dikenali sebagai 'nisbah kemampuan' - terus meluas pada tahun lalu.



Khususnya, jurang antara harga kondominium baru yang dijual dan pendapatan isi rumah terus berada pada tahap paling tinggi dalam sedekad.



Ini menurut satu analisis The Business Times daripada data Knight Frank, Colliers International, OrangeTee & Tie, Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Jabatan Statistik (DOS).



Nisbah harga dan pendapatan itu merupakan satu indikator kemampuan yang mendapat perhatian di tengah-tengah spekulasi mengenai langkah-langkah penyejukan hartanah baru yang mungkin diperkenalkan tahun ini.



Nisbah untuk penjualan baru telah meningkat tahun ke tahun sejak 2016.



Tetapi semasa pandemik Covid-19, nisbah pada 2020 'menonjol' kerana ia mencatat penurunan pertama pendapatan isi rumah dalam lebih sedekad.



Angka DOS menunjukkan median pendapatan bulanan keluarga di Singapura daripada pekerjaan turun 2.5 peratus kepada $9,189, berbanding setahun lalu.



Namun, harga rumah tidak berhalaman kini mencapai tahap tertinggi pada suku ketiga 2013, menurut data daripada Colliers.



Tersedianya hutang yang murah, permintaan daripada pemilik HDB yang mahu berpindah ke kondominium, kesan Covid-19 yang tidak setara adalah beberapa faktor yang memacu pasaran perumahan swasta.



Ini berlaku sedang pengguna memenuhi peraturan sedia ada untuk mencegah hutang yang berlebihan.



Penganalisis di DBS Group Research, Encik Derek Tan, berkata nisbah yang meningkat itu adalah sesuatu yang perlu terus dipantau.



Nisbah yang tinggi menunjukkan keluarga harus mengeluarkan lebih wang untuk membeli hartanah.



"Ini mencetuskan persoalan kecukupan persaraan, terutama jika seseorang membiayai sebahagian besar pembelian hartanah dengan simpanan CPF," katanya.



Ketua ekonomi OCBC, Cik Selena Ling, berkata sedang penggubal dasar ingin mengekalkan pasaran hartanah yang mampan dan mengelakkan kitaran 'cepat naik dan cepat turun', keputusan untuk campur tangan bukanlah sesuatu yang mudah.



Langkah-langkah yang diambil boleh mengganggu sikap pengguna dan mempengaruhi keuntungan pemaju.



"Ini dirumitkan oleh sekitaran kadar faedah yang rendah dan permintaan hartanah yang kebanyakannya didorong pembeli tempatan dan bukan daripada spekulasi hartanah atau pembelian asing," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >