Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hargai peluang ceburi bidang jagaan warga emas

Sep 06, 2021 | 05:30 AM



MINAT beliau dalam nombor telah mendorong Encik Muhammad Zulkhairi Zailani melanjutkan pengajian dalam jurusan perakaunan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) selepas tamat pendidikan sekolah menengah.



Selepas selesai menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada Mei 2019, beliau memulakan perjalanan mencari pekerjaan dalam bidang perakaunan dengan berbekalkan sijil Nitec Lanjutan.



Namun, ia tidak semudah yang disangka. Tiada satu pun balasan yang diterima bagi pekerjaan perakaunan yang dimintanya.



Encik Zulkhairi cuba mencari pekerjaan dalam bidang lain menerusi agensi pekerjaan tetapi kebanyakannya menawarkan pekerjaan kontrak.



Tidak berputus asa, beliau menemui pula peluang latihan di bawah Program Pelatih SGUnited sebagai penolong program di pusat kegiatan warga emas badan amal Thye Hua Kwan Moral Charities tidak lama selepas itu.



Encik Zulkhairi, 26 tahun, tertarik dengan program itu kerana ia membolehkan beliau meneroka bidang baru dalam sektor penjagaan warga emas, dan lantas, memutuskan menyertai badan amal tersebut pada Oktober tahun lalu.



"Saya tahu hakikatnya, pasaran pekerjaan terjejas teruk dek pandemik dan adalah mencabar untuk mencari pekerjaan sepenuh masa.



"Oleh itu, saya beritahu diri saya sendiri untuk mengambil peluang peranan pelatih ini kerana saya rasa ia adalah masa yang baik untuk belajar, raih kemahiran baru dalam pekerjaan itu, dan dilengkapi dengan pengalaman industri yang berharga.



"Dengan itu, saya berharap ia akan dapat membantu saya dalam permohonan pekerjaan dalam masa depan apabila ekonomi pulih," kata beliau.



Malah, dek prestasinya yang baik sebagai pelatih, Encik Zulkhairi menerima berita baik ditawarkan pekerjaan sepenuh masa bersama badan amal itu pada Mei lalu.



Semasa menjadi pelatih sebelum ini, Encik Zulkhairi bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program di pusat kegiatan warga emas di Ang Mo Kio serta menyelaraskan kunjungan untuk mendekati golongan itu.



Menerusi peluang latihan itu, beliau belajar cara berinteraksi dengan warga emas dan meraih kemahiran mendengar dengan empati serta memperkasa mereka untuk mencapai sesuatu sendiri agar mereka dapat meniti usia senja dengan lebih bermakna.



"Bahagian terbaik dalam program pelatih ini adalah melihat warga emas tersebut senyum sebelum mereka meninggalkan pusat ini," kata beliau.



Bahkan semasa pandemik ini, Encik Zulkhairi telah mencipta kod bar bagi lebih 500 klien warga emas dalam usaha melaksanakan langkah pengurusan selamat.



Setiap warga emas itu diberi kod QR unik masing-masing agar ia lebih mudah untuk memantau kehadiran mereka di pusat kegiatan warga emas itu, sekali gus melancarkan proses daftar keluar dan masuk.



Sebagai kakitangan sepenuh masa kini, beliau mengendalikan projek baru bagi warga emas, seperti Program Rakan dan Pendamping Pusat Penuaan Aktif dan Program Keep Active Keep Involved (Kaki).



Encik Zulkhairi berkata beliau tidak dapat tidur malam pada hari beliau mendapat berita ditawarkan pekerjaan sepenuh masa kerana rasa terlalu gembira dan sebelum ini sudah ada rancangan untuk terus kekal bekerja dalam sektor penjagaan warga emas.



Bagi lulusan baru yang sedang menghadapi cabaran dalam usaha mencari pekerjaan, Encik Zulkhairi berkata: "Jangan pernah putus asa. Akan selalu ada cahaya di hujung terowong."




"Saya tahu hakikatnya, pasaran pekerjaan terjejas teruk dek pandemik dan adalah mencabar untuk mencari pekerjaan sepenuh masa.



Oleh itu, saya beritahu diri saya sendiri untuk mengambil peluang peranan pelatih ini kerana saya rasa ia adalah masa yang baik untuk belajar, raih kemahiran baru dalam pekerjaan itu, dan dilengkapi dengan pengalaman industri yang berharga.



Dengan itu, saya berharap ia akan dapat membantu saya dalam permohonan pekerjaan dalam masa depan apabila ekonomi pulih."
- Encik Muhammad Zulkhairi Zailani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >