AKHIRNYA setelah diyakinkan, Cikgu Muhd Ariff Ahmad (kini Pendeta Dr), menyertai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang pejabatnya di Empress Place (kini Muzium Tamadun Asia) - hanya 10 meter dari tebing muara Sungai Singapura.
"Pada hari pertama saya masuk ke pejabat Muis, macam rusa masuk kampung jugalah saya," ceritanya sambil tersenyum.