DENGAN kurang dua minggu menjelang Aidilfitri, rakyat Malaysia yang mengharapkan dapat 'balik kampung' untuk menyambut Hari Raya kini berdepan dengan sambutan Lebaran yang berbeza sekali daripada tahun-tahun sudah.
Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai langkah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh empat minggu lagi, sehingga 9 Jun ini.