Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERDAUS

Hasil kutipan dana untuk tampung kos kenaikan elektrik

Apr 15, 2022 | 06:31 AM



BIARPUN ia sebuah pertubuhan yang dianggap 'sederhana', namun Perdaus masih terus mendapat perhatian masyarakat setempat menerusi pelbagai program yang dijalankannya.



Yang pasti, hasil kutipan dana yang diperoleh, mampu jalankan antara lain program-program yang memanfaatkan semua lapisan usia.



Antara programnya termasuk:



Program pendidikan dan dakwah Perdaus, termasuk perkhemahan pelajar, juga peningkatan asatizah.



Yuran program Imad Perdaus untuk keluarga berpendapatan rendah.



Projek Food Aid di mana keluarga berpendapatan rendah menerima baucar runcit dan pekerja asing menerima pek penjagaan serta lain-lain lagi.



Menyatakan demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Berita Harian, Pegawai Eksekutif (Komunikasi Korporat & Pemasaran), Cik Khatim Hamidon, berkata semua projek tersebut dapat dijayakan hasil sumbangan dana masyarakat setempat.



"Sebagai sebuah badan amal yang sederhana, Perdaus mula memungut zakat harta secara rasmi sejak tahun 2017. Pungutan tahun pertama ini berhasil meraih dana sekitar $30,000. Dana yang dikumpul sejak permulaan menunjukkan trend yang positif. Pada tahun lalu, kami menerima sebanyak $210,000 daripada masyarakat melalui sumbangan zakat harta masyarakat setempat. Alhamdulillah, kami cukup bersyukur jumlah pungutan zakat kami bertambah, walaupun kita semua melalui tempoh dua tahun lalu yang amat mencabar," kata Cik Khatim.



Beliau berkata sumbangan masyarakat itu membuktikan kepekaan masyarakat sebagai penyumbang zakat, terutama sekali semasa waktu mencabar. Ia juga menunjukkan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Perdaus yang telus dalam mengagihkan dana zakat terkumpul kepada yang berhak, tambahnya.



Sebagai sebuah badan amal yang sederhana yang memberi fokus tentang pendidikan, Perdaus memperuntukkan kepada beberapa golongan asnaf yang berkelayakan, seperti Fi Sabilillah, Gharimin, 'Amil, Fakir dan Riqab," jelasnya lagi.



Sebagai sebuah badan amal yang menyediakan khidmat pendidikan, pendapatan utama Perdaus diperolehi daripada yuran yang berpatutan yang dikenakan kepada para pelajar dan peserta programnya.



Sumbangan zakat dan derma daripada masyarakat banyak membantu Perdaus dalam kos operasi, program, dan lain-lain lagi.



"Kenaikan kos kehidupan sejak kebelakangan ini telah menjejas kos operasi kami, terutama kos elektrik yang melambung tinggi. Oleh sebab itu, pengumpulan dana Perdaus amat penting bagi membiayai kos pentadbiran dan program-program kami," tambah Cik Khatim lagi.




AKTIVITI RAMADAN PERDAUS



Klinik Ramadan



Mulai 5 April hingga 29 April 2022 Percuma, dalam talian Untuk kanak-kanak sekecil tujuh tahun hingga dewasa. Daftar: perdaus.simplybook.asia



Sesi Pendekatan – Art Fun with Hadya Kids: Intro to Islamic Arabesque



Sesi kraf dalam talian untuk kanak-kanak 6 hingga 11 tahun pada 17 April 2022, Ahad, 12 tengah hari. Yuran $35 dan kelas dianjurkan dalam talian. Peserta akan dapat menghayati seni hiasan pada mushaf Al-Quran dan akan sama-sama melukis hiasan arabesque bersama pelatih. Daftar: swiy.co/hadyapds



Projek Ramadan Food Aid



Projek tahunan mengagih bantuan termasuk baucar runcit kepada keluarga berpendapatan rendah, juga mengagih pek penjagaan kepada pekerja asing. Ini adalah untuk memberi sedikit keringanan kepada mereka, dan keceriaan dalam menyambut Ramadan dan Syawal. Untuk menyumbang kepada kempen tahunan ini, sila lungsuri: giving.sg/perdaus/foodaid2022



Cara menderma atau menyumbang zakat harta kepada Perdaus:



Dalam talian: PayNow ke UEN: S64SS0031JEC1 atau layari http://bit.ly/zakatperdaus



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >